Memaparkan catatan dengan label kitab imarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kitab imarah. Papar semua catatan

Jumaat, April 20, 2012

Sabda Rasulullah s.a.w: Sekumpulan Dari Umatku Masih Lagi Terus Membela Kebenaran Tanpa Ada Gangguan Daripada mereka Yang Menyalahi Mereka


  عَنْ الْمُغِيرَةِ قَالَ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَنْ يَزَالَ قَوْمٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى النَّاسِ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ ظَاهِرُونَ
 Hadis Al-Mughirah r.a katanya:
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Satu kaum daripada umatku akan sentiasa membela manusia sehinggalah ke Hari Kiamat mereka akan tetap bersikap begitu (memperjuangkannya).
HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB :KITAB IMARAH IAITU KEPIMPINAN
BAB     : Sabda Rasulullah s.a.w: Sekumpulan Dari Umatku Masih Lagi Terus Membela Kebenaran Tanpa Ada Gangguan Daripada mereka Yang Menyalahi Mereka

Khamis, April 19, 2012

Orang Orang Yang Mati Syahid


 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَيْنَمَا رَجُلٌ يَمْشِي بِطَرِيقٍ وَجَدَ غُصْنَ شَوْكٍ عَلَى الطَّرِيقِ فَأَخَّرَهُ فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ فَغَفَرَ لَهُ وَقَالَ الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ وَالْمَبْطُونُ وَالْغَرِقُ وَصَاحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ
Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika seorang lelaki sedang berjalan di sebatang jalan, dia mendapati sebatang dahan berduri lalu membuangnya. Allah berterima kasih padanya dan mengampuninya. Baginda bersabda lagi: Mereka yang mati syahid itu ada lima golongan: Mereka yang mati kerana taun, mereka yang mati kerana sakit di dalam perut, mereka yang mati lemas, mereka yang mati di bawah runtuhan bangunan dan mereka yang mati kerana berjuang di jalan Allah.
HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB :KITAB IMARAH IAITU KEPIMPINAN
BAB     : Orang Orang Yang Mati Syahid

Rabu, April 18, 2012

Kelebihan Berperang Di Laut


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَدْخُلُ عَلَى أُمِّ حَرَامٍ بِنْتِ مِلْحَانَ فَتُطْعِمُهُ وَكَانَتْ أُمُّ حَرَامٍ تَحْتَ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ فَدَخَلَ عَلَيْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا فَأَطْعَمَتْهُ ثُمَّ جَلَسَتْ تَفْلِي رَأْسَهُ فَنَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ اسْتَيْقَظَ وَهُوَ يَضْحَكُ قَالَتْ فَقُلْتُ مَا يُضْحِكُكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِي عُرِضُوا عَلَيَّ غُزَاةً فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَرْكَبُونَ ثَبَجَ هَذَا الْبَحْرِ مُلُوكًا عَلَى الْأَسِرَّةِ أَوْ مِثْلَ الْمُلُوكِ عَلَى الْأَسِرَّةِ يَشُكُّ أَيَّهُمَا قَالَ قَالَتْ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ ادْعُ اللَّهَ أَنْ يَجْعَلَنِي مِنْهُمْ فَدَعَا لَهَا ثُمَّ وَضَعَ رَأْسَهُ فَنَامَ ثُمَّ اسْتَيْقَظَ وَهُوَ يَضْحَكُ قَالَتْ فَقُلْتُ مَا يُضْحِكُكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِي عُرِضُوا عَلَيَّ غُزَاةً فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَا قَالَ فِي الْأُولَى قَالَتْ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ ادْعُ اللَّهَ أَنْ يَجْعَلَنِي مِنْهُمْ قَالَ أَنْتِ مِنْ الْأَوَّلِينَ فَرَكِبَتْ أُمُّ حَرَامٍ بِنْتُ مِلْحَانَ الْبَحْرَ فِي زَمَنِ مُعَاوِيَةَ فَصُرِعَتْ عَنْ دَابَّتِهَا حِينَ خَرَجَتْ مِنْ الْبَحْرِ فَهَلَكَتْ
Hadis Anas bin Malik r.a:
Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu Haram binti Milhan. Baginda dijamu makanan. Ummu Haram adalah isteri kepada Ubadah bin As-Somit. Suatu hari Rasulullah s.a.w menemuinya (Ummu Haram) lalu menjamu baginda makan. Kemudian beliau duduk sambil menundukkan kepala. Sementara itu Rasulullah s.a.w tertidur, kemudian baginda terjaga sambil tersenyum. Beliau (Ummu Haram) bertanya: Apakah yang membuatkan engkau tersenyum, wahai Rasulullah? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Beberapa orang daripada umatku menawarkan diri untuk berperang di jalan Allah. Mereka menaiki kapal di tengah lautan menuju kepada raja-raja yang zalim. Ummu Haram berkata: Wahai Rasulullah, doakanlah kepada Allah semoga Dia (Allah) menjadikan aku dari kalangan mereka. Baginda pun berdoa untuk mereka. Setelah itu baginda merebahkan kepala lalu tidur. Kemudian baginda bangkit sambil tersenyum. Ummu Haram bertanya: Apakah yang membuatkan engkau tersenyum, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Beberapa orang dari ummatku menawarkan diri untuk berperang di jalan Allah seperti yang pertama tadi. Ummu Haram berkata: Wahai Rasulullah, doakanlah kepada Allah semoga aku termasuk dari kalangan mereka. Baginda lalu bersabda: Kamu adalah termasuk yang pertama daripada mereka. Ummu Haram binti Milhan turut mengharungi lautan sewaktu pemerintahan Muawiah. Sekembali dari laut, beliau terjatuh dari tunggangan lalu meninggal dunia.
HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB :KITAB IMARAH IAITU KEPIMPINAN
BAB     : Kelebihan Berperang Di Laut

Isnin, April 16, 2012

Kisah Kesyahidan Anas bin An-Nadhr

عَنْ ثَابِتٍ قَالَ: قَالَ أَنَسٌ
عَمِّيَ الَّذِي سُمِّيتُ بِهِ لَمْ يَشْهَدْ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَدْرًا قَالَ فَشَقَّ عَلَيْهِ قَالَ أَوَّلُ مَشْهَدٍ شَهِدَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غُيِّبْتُ عَنْهُ وَإِنْ أَرَانِيَ اللَّهُ مَشْهَدًا فِيمَا بَعْدُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيَرَانِي اللَّهُ مَا أَصْنَعُ قَالَ فَهَابَ أَنْ يَقُولَ غَيْرَهَا قَالَ فَشَهِدَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ أُحُدٍ قَالَ فَاسْتَقْبَلَ سَعْدُ بْنُ مُعَاذٍ فَقَالَ لَهُ أَنَسٌ يَا أَبَا عَمْرٍو أَيْنَ فَقَالَ وَاهًا لِرِيحِ الْجَنَّةِ أَجِدُهُ دُونَ أُحُدٍ قَالَ فَقَاتَلَهُمْ حَتَّى قُتِلَ قَالَ فَوُجِدَ فِي جَسَدِهِ بِضْعٌ وَثَمَانُونَ مِنْ بَيْنِ ضَرْبَةٍ وَطَعْنَةٍ وَرَمْيَةٍ قَالَ فَقَالَتْ أُخْتُهُ عَمَّتِيَ الرُّبَيِّعُ بِنْتُ النَّضْرِ فَمَا عَرَفْتُ أَخِي إِلَّا بِبَنَانِهِ وَنَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ
{ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا }
قَالَ فَكَانُوا يُرَوْنَ أَنَّهَا نَزَلَتْ فِيهِ وَفِي أَصْحَابِهِ
Hadis Anas r.a katanya:
Bapa saudaraku yang bernama Anas bin An-Nadhr tidak termasuk dalam golongan mereka yang turut berperang dalam peperangan Badar bersama dengan Rasulullah s.a.w. Beliau dengan nada menyesal berkata: Pemandangan yang pertama dilihat oleh Rasulullah ialah ketiadaannya. Sekiranya Allah memperlihatkan sesuatu kepadaku selepas itu bersama dengan Rasulullah nescaya apa yang aku lakukan dilihat-Nya. Disebabkan dari penyesalan itulah, maka pada peperangan Uhud bapa saudaraku turut berperang bersama dengan Rasulullah s.a.w. Anas berkata: Lalu Saad bin Muaz datang untuk berjumpanya dan Anas bertanya: Wahai Abu Amru! Di mana bapa saudaramu? Aku menjawab bahawa beliau sedang mengejar bau Syurga yang akan diperolehinya di Bukit Uhud ketika berperang melawan pasukan Musyrikin dan akhirnya bapa saudaraku gugur syahid. Pada tubuhnya terdapat lebih dari lapan puluh kesan luka bekas terkena senjata tombak, panah dan sebagainya. Saudara kandung perempuan bapa saudaraku iaitu Ar-Rubai' binti Nadhir, beliau adalah emak saudaraku berkata: Aku tidak mengenali saudaraku ini kecuali perut-perut jarinya. Kemudian turun ayat berikut: رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا Yang bermaksud: Di antara orang-orang mukmin itu ada orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur dan di antara mereka ada pula yang tertunggu-tunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah janjinya. Menurut mereka, ayat ini turun mengenai peristiwa tersebut.
HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB :KITAB IMARAH IAITU KEPIMPINAN
BAB :Ketetapan Syurga Terhadap Orang Yang Mati Syahid

Ahad, April 15, 2012

Sesiapa Yang Berjuang Untuk Menegakkan Kalimat Allah Maka Dia Berada Di Jalan Allah









عَنْ أَبُو مُوسَى الْأَشْعَرِيُّ



أَنَّ رَجُلًا أَعْرَابِيًّا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُذْكَرَ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ فَمَنْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ أَعْلَى فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Hadis Abu Musa Al-Asy'ariy r.a:
Sesungguhnya seorang lelaki desa iaitu Arab desa datang kepada Nabi s.a.w dan bertanya: Wahai Rasulullah! Ada seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, ada juga seseorang yang berperang untuk membuktikan kejantanannya dan ada pula seseorang yang berperang untuk melihat kemampuannya. Oleh itu, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah? Rasulullah s.a.w menjawab: Sesiapa yang berperang demi menegakkan kalimat Allah, maka beliaulah yang berada di jalan Allah.
HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB :KITAB IMARAH IAITU KEPIMPINAN
BAB : Sesiapa Yang Berjuang Untuk Menegakkan Kalimat Allah Maka Dia Berada Di Jalan Allah

Sabtu, April 14, 2012

Ketetapan Syurga Terhadap Orang Yang Mati Syahid


عَنْ عَمْرٍو سَمِعَ جَابِرًا يَقُولُ
قَالَ رَجُلٌ أَيْنَ أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنْ قُتِلْتُ قَالَ فِي الْجَنَّةِ فَأَلْقَى تَمَرَاتٍ كُنَّ فِي يَدِهِ ثُمَّ قَاتَلَ حَتَّى قُتِلَ وَفِي حَدِيثِ سُوَيْدٍ قَالَ رَجُلٌ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ أُحُدٍ
Hadis Jabir r.a katanya:
Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, sekiranya aku terbunuh di manakah aku akan di tempatkan? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Di dalam Syurga. Kemudian lelaki tersebut melontar beberapa biji kurma yang berada di tangannya, lalu beliau terus berjuang sehingga beliau mati syahid dan di dalam Hadis Suwaid lelaki tersebut berkata kepada Rasulullah s.a.w pada Hari peperangan Uhud.
HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB :KITAB IMARAH IAITU KEPIMPINAN
BAB :Ketetapan Syurga Terhadap Orang Yang Mati Syahid

Jumaat, April 13, 2012

Gugurnya Kewajipan Berjihad Terhadap Mereka Yang Mempunyai Halangan


 عَنْ أَبِي إِسْحَقَ أَنَّهُ سَمِعَ الْبَرَاءَ يَقُولُا فِي هَذِهِ الْآيَةِ
 لَا يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ }
وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ }فَأَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَيْدًا فَجَاءَ بِكَتِفٍ يَكْتُبُهَا فَشَكَا إِلَيْهِ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ ضَرَارَتَهُ فَنَزَلَتْ
{ لَا يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُولِي الضَّرَرِ }
 Hadis Al-Bara' r.a katanya:
Ketika diturunkan ayat لَا يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ Yang bermaksud: Tidak akan sama di antara orang mukmin yang tidak ikut berperang tanpa mengalami keuzuran dengan orang yang berjihad di jalan Allah. Rasulullah s.a.w menyuruh Zaid untuk mengambil catatan yang ditulisnya. Ibnu Ummu Maktum mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang penglihatan yang dideritai olehnya (buta). Maka turunlah ayat berikut: لَا يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُولِي الضَّرَرِ Yang bermaksud: Tidak akan sama di antara orang mukmin yang duduk (tidak ikut berperang) tanpa ada keuzuran.
HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB :KITAB IMARAH IAITU KEPIMPINAN
BAB    : Gugurnya Kewajipan Berjihad Terhadap Mereka Yang Mempunyai Halangan

Rabu, April 11, 2012

Kelebihan Membantu Orang Yang Berjihad Di Jalan Allah


عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ
عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَنْ جَهَّزَ غَازِيًا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَقَدْ غَزَا وَمَنْ خَلَفَهُ فِي أَهْلِهِ بِخَيْرٍ فَقَدْ غَزَا
Hadis Zaid bin Khalid Al-Juhaniy r.a:
Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: Sesiapa yang membantu menyiapkan persiapan kepada orang yang berperang pada jalan Allah maka samalah halnya dengan beliau turut berperang dan sesiapa yang menjaga atau memerhatikan keluarga yang ditinggalkannya dengan baik maka bererti beliau juga telah ikut berperang.
HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB :KITAB IMARAH IAITU KEPIMPINAN
BAB :Kelebihan Membantu Orang Yang Berjihad Di Jalan Allah Seperti Memberi Binatang Sebagai Kenderaan Dan Sebagainya Atau Menjaga Ahli Keluarganya Di Rumah

Selasa, April 10, 2012

Keadaan Dua Orang Lelaki, Salah Seorang Darinya Membunuh Yang Seorang Lagi Namun Kedua duanya Di Masukkan Ke Syurga

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَضْحَكُ اللَّهُ إِلَى رَجُلَيْنِ يَقْتُلُ أَحَدُهُمَا الْآخَرَ كِلَاهُمَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ فَقَالُوا كَيْفَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ يُقَاتِلُ هَذَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فَيُسْتَشْهَدُ ثُمَّ يَتُوبُ اللَّهُ عَلَى الْقَاتِلِ فَيُسْلِمُ فَيُقَاتِلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فَيُسْتَشْهَدُ

Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Allah tersenyum (reda) terhadap dua orang lelaki, salah seorang darinya membunuh yang seorang lagi namun kedua-duanya dimasukkan ke dalam Syurga. Para sahabat bertanya: Bagaimana boleh terjadi begitu wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Seseorang yang ikut berperang pada jalan Allah lalu beliau mati syahid, kemudian orang yang membunuh tadi telah bertaubat dan Allah telah menerima taubatnya. Setelah memeluk Islam beliau juga turut keluar berperang pada jalan Allah, kemudian beliau juga mati syahid.

HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB :KITAB IMARAH IAITU KEPIMPINAN
BAB :Keadaan Dua Orang Lelaki, Salah Seorang Darinya Membunuh Yang Seorang Lagi Namun Kedua duanya Di Masukkan Ke Syurga

Isnin, April 09, 2012

Kelebihan Berjihad Dan Menjaga Tempat Strategi Perang


Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:
Sesungguhnya seorang lelaki telah datang kepada Nabi s.a.w dan bertanya: Siapakah orang yang paling baik dari kalangan manusia? Nabi s.a.w menjawab: Seseorang yang berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwanya. Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Nabi s.a.w menjawab: Seorang mukmin yang berada di kaki bukit dan beribadat kepada Allah serta menjauhkan manusia dari kejahatannya.

HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB :KITAB IMARAH IAITU KEPIMPINAN
BAB : Kelebihan Berjihad Dan Menjaga Tempat Strategi Perang

Sabtu, April 07, 2012

Kelebihan Keluar Berjuang Di Jalan Allah Sepagi Atau Sepetang


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَغَدْوَةٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَوْ رَوْحَةٌ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya keluar berjuang di jalan Allah sepagi atau sepetang adalah lebih baik daripada dunia dan isinya.
HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB :KITAB IMARAH IAITU KEPIMPINAN
BAB : Kelebihan Keluar Berjuang Di Jalan Allah Sepagi Atau Sepetang

Selasa, Mac 06, 2012

Perumpamaan orang yang berjihad pada jalan Allah


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قِيلَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَعْدِلُ الْجِهَادَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ قَالَ لَا تَسْتَطِيعُونَهُ قَالَ فَأَعَادُوا عَلَيْهِ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا كُلُّ ذَلِكَ يَقُولُ لَا تَسْتَطِيعُونَهُ وَقَالَ فِي الثَّالِثَةِ مَثَلُ الْمُجَاهِدِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ الصَّائِمِ الْقَائِمِ الْقَانِتِ بِآيَاتِ اللَّهِ لَا يَفْتُرُ مِنْ صِيَامٍ وَلَا صَلَاةٍ حَتَّى يَرْجِعَ الْمُجَاهِدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ تَعَالَى

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Nabi s.a.w telah ditanya: Apakah yang dapat dibandingkan dengan jihad pada jalan Allah? Nabi s.a.w menjawab: Kamu tidak akan sanggup melakukannya. Pertanyaan tersebut diulang sehingga dua atau tiga kali. Tetapi baginda masih menjawab: Kamu tidak akan sanggup melakukannya. Pada kali yang ketiganya baginda bersabda: Perumpamaan orang yang berjihad pada jalan Allah samalah seperti seorang yang selalu berpuasa dan selalu melakukan ibadat malam serta taat kepada ayat-ayat Allah. Beliau tidak merasa letih dari puasa dan sembahyangnya sehinggalah orang yang berjihad pada jalan Allah itu kembali.
HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB :KITAB IMARAH IAITU KEPIMPINAN
BAB : Kelebihan Mati Syahid Di Jalan Allah

Ahad, Mac 04, 2012

Kelebihan Mati Syahid Di Jalan Allah


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ نَفْسٍ تَمُوتُ لَهَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ يَسُرُّهَا أَنَّهَا تَرْجِعُ إِلَى الدُّنْيَا وَلَا أَنَّ لَهَا الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا إِلَّا الشَّهِيدُ فَإِنَّهُ يَتَمَنَّى أَنْ يَرْجِعَ فَيُقْتَلَ فِي الدُّنْيَا لِمَا يَرَى مِنْ فَضْلِ الشَّهَادَةِ
Hadis Anas bin Malik r.a:
Nabi s.a.w bersabda: Setiap jiwa yang mati akan beroleh kebajikan di sisi Allah. Dia (jiwa tersebut) amat menyenangi seandainya beliau dapat kembali semula ke dunia, sekalipun beliau tidak mendapat apa-apa bahagian terhadap dunia dan isinya kecuali sebagai orang yang mati syahid. Sesungguhnya beliau berharap dapat kembali semula ke dunia lalu terbunuh, lantaran mengingatkan kelebihan mati syahid yang beliau lihat.

HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB :KITAB IMARAH IAITU KEPIMPINAN
BAB : Kelebihan Mati Syahid Di Jalan Allah

Jumaat, Februari 24, 2012

Kelebihan Berjihad Dan Keluar Berjuang Di Jalan Allah


: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: تَضَمَّنَ اللَّهُ لِمَنْ خَرَجَ فِي سَبِيلِهِ لَا يُخْرِجُهُ إِلَّا جِهَادًا فِي سَبِيلِي وَإِيمَانًا بِي وَتَصْدِيقًا بِرُسُلِي فَهُوَ عَلَيَّ ضَامِنٌ أَنْ أُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ أَوْ أَرْجِعَهُ إِلَى مَسْكَنِهِ الَّذِي خَرَجَ مِنْهُ نَائِلًا مَا نَالَ مِنْ أَجْرٍ أَوْ غَنِيمَةٍ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ مَا مِنْ كَلْمٍ يُكْلَمُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَهَيْئَتِهِ حِينَ كُلِمَ لَوْنُهُ لَوْنُ دَمٍ وَرِيحُهُ مِسْكٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَوْلَا أَنْ يَشُقَّ عَلَى الْمُسْلِمِينَ مَا قَعَدْتُ خِلَافَ سَرِيَّةٍ تَغْزُو فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَبَدًا وَلَكِنْ لَا أَجِدُ سَعَةً فَأَحْمِلَهُمْ وَلَا يَجِدُونَ سَعَةً وَيَشُقُّ عَلَيْهِمْ أَنْ يَتَخَلَّفُوا عَنِّي وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَوَدِدْتُ أَنِّي أَغْزُو فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَأُقْتَلُ ثُمَّ أَغْزُو فَأُقْتَلُ ثُمَّ أَغْزُو فَأُقْتَلُ
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah akan memberi jaminan kepada orang-orang yang keluar (berjuang) di jalan-Nya. Sesungguhnya orang yang keluar untuk berjihad hanya kerana iman dan ikhlas kepada Allah, maka Allahlah yang akan memberi jaminan untuk memasukkannya ke dalam Syurga atau akan mengembalikannya semula ke rumah, beliau juga keluar dengan mendapat pahala atau harta rampasan. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Pada setiap bahagian tubuh yang terluka di jalan Allah akan diperlihatkan oleh-Nya pada Hari Kiamat. Ketika beliau terluka warna darah dan baunya adalah seperti minyak kasturi. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya, jika peperangan itu memang tidak berat bagi kaum Muslimin, sudah tentu aku tidak akan meninggalkan pasukan yang turut berperang pada jalan Allah tetapi aku sendiri tidak mampu memberikan kenderaan kepada mereka dan keadaan mereka sendiri juga seperti diriku yang tidak mampu. Mereka sendiri sebenarnya masih merasa keberatan dan tidak dapat berangkat bersamaku. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Sesungguhnya aku lebih suka seandainya aku berperang di jalan Allah lalu terbunuh, lalu aku dihidupkan kemudian berperang lagi dan terbunuh, kemudian aku dihidupkan dan berperang lagi dan akhirnya terbunuh lagi.

HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB :KITAB IMARAH IAITU KEPIMPINAN
BAB : Kelebihan Berjihad Dan Keluar Berjuang Di Jalan Allah

Ahad, Februari 19, 2012

Larangan Musafir Ke Negeri Orang orang Kafir Dengan Membawa Al Quran, Kerana Bimbang Ia Akan Jatuh Ke Tangan Mereka


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ
نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُسَافَرَ بِالْقُرْآنِ إِلَى أَرْضِ الْعَدُوِّ
Hadis Abdullah bin Umar r.a katanya:
Rasulullah s.a.w melarang seseorang bermusafir ke negeri musuh dengan membawa Al-Quran.
HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB :KITAB IMARAH IAITU KEPIMPINAN
BAB : Larangan Musafir Ke Negeri Orang orang Kafir Dengan Membawa Al Quran, Kerana Bimbang Ia Akan Jatuh Ke Tangan Mereka

Sabtu, Februari 18, 2012

Menerangkan Umur Baligh



عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ
عَرَضَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ أُحُدٍ فِي الْقِتَالِ وَأَنَا ابْنُ أَرْبَعَ عَشْرَةَ سَنَةً فَلَمْ يُجِزْنِي وَعَرَضَنِي يَوْمَ الْخَنْدَقِ وَأَنَا ابْنُ خَمْسَ عَشْرَةَ سَنَةً فَأَجَازَنِي

Hadis Ibnu Umar r.a katanya:
Aku pernah mencadangkan kepada Rasulullah s.a.w untuk sama-sama berperang dalam peperangan Uhud. Pada saat itu aku baru berumur empat belas tahun, namun baginda tidak memperkenankan aku. Aku kemukakan lagi cadangan tersebut untuk sama-sama bertempur dalam peperangan Khandaq, lalu baginda memperkenankan. Pada saat itu aku sudah berumur lima belas tahun.

HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB :KITAB IMARAH IAITU KEPIMPINAN
BAB : Menerangkan Umur Baligh

Rabu, Februari 15, 2012

Ikrar Setia Untuk Tunduk Dan Taat Sekadar Yang Mampu


عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ يَقُولُ
كُنَّا نُبَايِعُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ يَقُولُ لَنَا فِيمَا اسْتَطَعْتَ
Hadis Abdullah bin Umar r.a katanya:
Kami telah berikrar setia kepada Rasulullah s.a.w untuk tunduk dan taat. Beliau bersabda kepadaku: Iaitu sekadar yang kamu mampu.

HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB :KITAB IMARAH IAITU KEPIMPINAN
BAB : Ikrar Setia Untuk Tunduk Dan Taat Sekadar Yang Kamu Mampu

Ahad, Februari 12, 2012

Digalakkan Berikrar Setia Dengan Pemimpin Ketika Hendak Berperang Dan Menerangkan Kisah Perjanjian Riduan


عَنْ جَابِرٍ قَالَ:
كُنَّا يَوْمَ الْحُدَيْبِيَةِ أَلْفًا وَأَرْبَعَ مِائَةً فَبَايَعْنَاهُ وَعُمَرُ آخِذٌ بِيَدِهِ تَحْتَ الشَّجَرَةِ وَهِيَ سَمُرَةٌ وَقَالَ بَايَعْنَاهُ عَلَى أَنْ لَا نَفِرَّ وَلَمْ نُبَايِعْهُ عَلَى الْمَوْتِ

Hadis Jabir r.a katanya:
Ketika peperangan Hudaibiah bilangan kami seramai satu ribu empat ratus orang, kami telah membuat perjanjian taat setia dengan Rasulullah s.a.w. Umar telah mengambil tangannya (berjanji) di bawah sepohon pokok yang bernama Samurah. Jabir berkata lagi: Kami tidak berjanji setia dengan Rasulullah untuk mati tetapi untuk tidak lari dari medan pertempuran.

HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB :KITAB IMARAH IAITU KEPIMPINAN
BAB : Digalakkan Berikrar Setia Dengan Pemimpin Ketika Hendak Berperang Dan Menerangkan Kisah Perjanjian Riduan Di Bawah Sepohon Pokok.

Jumaat, Januari 20, 2012

Wajib Menyertai Jemaah (Kumpulan) Orang Islam Ketika Timbulnya Fitnah Dalam Setiap Keadaan


عَنْ حُذَيْفَةَ بْنَ الْيَمَانِ يَقُولُ:
كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُونَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْخَيْرِ وَكُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنْ الشَّرِّ مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرٍّ فَجَاءَنَا اللَّهُ بِهَذَا الْخَيْرِ فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الْخَيْرِ شَرٌّ قَالَ نَعَمْ فَقُلْتُ هَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرٍ قَالَ نَعَمْ وَفِيهِ دَخَنٌ قُلْتُ وَمَا دَخَنُهُ قَالَ قَوْمٌ يَسْتَنُّونَ بِغَيْرِ سُنَّتِي وَيَهْدُونَ بِغَيْرِ هَدْيِي تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ فَقُلْتُ هَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ دُعَاةٌ عَلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوهُ فِيهَا فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا قَالَ نَعَمْ قَوْمٌ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَّمُونَ بِأَلْسِنَتِنَا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَمَا تَرَى إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ قَالَ تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ فَقُلْتُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلَا إِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ عَلَى أَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ

Hadis Huzaifah bin Al-Yaman r.a katanya:
Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan? Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenal dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke Neraka Jahanam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu. Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami. Rasulullah menjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka. Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin? Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian.

HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB :KITAB IMARAH IAITU KEPIMPINAN
BAB : Wajib Menyertai Jemaah (Kumpulan) Orang Islam Ketika Timbulnya Fitnah Dalam Setiap Keadaan Dan Haram Melanggar Perintah (Arahan) Serta Mengasingkan Diri Dari Jemaah

Rabu, Januari 18, 2012

Perintah Supaya Bersabar Dalam Menghadapi Pemerintah Yang Zalim


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ أُسَيْدِ بْنِ حُضَيْرٍ:
أَنَّ رَجُلًا مِنْ الْأَنْصَارِ خَلَا بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَلَا تَسْتَعْمِلُنِي كَمَا اسْتَعْمَلْتَ فُلَانًا فَقَالَ إِنَّكُمْ سَتَلْقَوْنَ بَعْدِي أَثَرَةً فَاصْبِرُوا حَتَّى تَلْقَوْنِي عَلَى الْحَوْضِ

Hadis Usaid bin Hudhair r.a:
Seorang lelaki dari kaum Ansar telah menghadap Rasulullah s.a.w secara bersendirian lalu dia berkata: Kenapa engkau tidak menugaskan aku sebagaimana engkau telah tugaskan Si Polan? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Sesungguhnya kamu akan bertemu pemimpin yang mementingkan diri sendiri serta bongkak sepeninggalanku nanti, maka hendaklah kamu bersabar sehingga kamu menemui aku di perigi (dalam Syurga).

HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB :KITAB IMARAH IAITU KEPIMPINAN
BAB : Perintah Supaya Bersabar Dalam Menghadapi Pemerintah Yang Zalim