Memaparkan catatan dengan label KITAB NIKAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KITAB NIKAH. Papar semua catatan

Ahad, Julai 15, 2012

Persetujuan Janda Untuk Berkahwin Ialah Dengan Kata Kata Yang Diucapkan Olehnya Manakala Gadis Pula Memadai Dengan Diam

عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ حَدَّثَنَا أَبُو سَلَمَةَ حَدَّثَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تُنْكَحُ الْأَيِّمُ حَتَّى تُسْتَأْمَرَ وَلَا تُنْكَحُ الْبِكْرُ حَتَّى تُسْتَأْذَنَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَيْفَ إِذْنُهَا قَالَ أَنْ تَسْكُتَ

Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Jangan mengahwinkan seorang perempuan janda sehinggalah diminta persetujuan serta mengadakan perbincangan dan jangan mengahwinkan seorang gadis sehinggalah diminta persetujuannya. Para sahabat bertanya: Bagaimana hendak mengetahui persetujuan seorang gadis. Baginda menjawab: Dia diam.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : NIKAH
BAB     : Persetujuan Janda Untuk Berkahwin Ialah Dengan Kata Kata Yang Diucapkan Olehnya Manakala Gadis Pula Memadai Dengan Diam

Isnin, Julai 09, 2012

Haram Melakukan Perkahwinan Syighar Iaitu Seorang Lelaki Mengahwinkan Anaknya Dengan Seorang Lelaki Supaya Lelaki Tersebut Mengahwinkan Pula Anak Perempuannya Dengan Dia Tanpa Mas Kahwin

  عَنْ ابْنِ عُمَرَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ الشِّغَارِ وَالشِّغَارُ أَنْ يُزَوِّجَ الرَّجُلُ ابْنَتَهُ عَلَى أَنْ يُزَوِّجَهُ ابْنَتَهُ وَلَيْسَ بَيْنَهُمَا صَدَاقٌ

Hadis Ibnu Umar r.a: Bahawa Rasulullah s.a.w menegah daripada melaksanakan perkahwinan tanpa mas-kahwin iaitu seorang lelaki mengahwinkan anaknya dengan seorang lelaki lain supaya lelaki tersebut mengahwinkan pula anak perempuannya dengan dia dan perkahwinan itu tiada mas-kahwin.
HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : NIKAH
BAB     : Haram Melakukan Perkahwinan Syighar Iaitu Seorang Lelaki Mengahwinkan Anaknya Dengan Seorang Lelaki Supaya Lelaki Tersebut Mengahwinkan Pula Anak Perempuannya Dengan Dia Tanpa Mas Kahwin. Perkahwinan Tersebut Adalah Batal

Isnin, Jun 25, 2012

Haram Meminang Terhadap Pinangan Saudaranya


 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يَبِيعَ حَاضِرٌ لِبَادٍ أَوْ يَتَنَاجَشُوا أَوْ يَخْطُبَ الرَّجُلُ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ أَوْ يَبِيعَ عَلَى بَيْعِ أَخِيهِ وَلَا تَسْأَلْ الْمَرْأَةُ طَلَاقَ أُخْتِهَا لِتَكْتَفِئَ مَا فِي إِنَائِهَا أَوْ مَا فِي صَحْفَتِهَا

Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Nabi s.a.w melarang orang bandar menjual kepada orang desa iaitu seperti orang badwi, mereka menjual secara menipu iaitu supaya nilai barang menjadi tinggi atau seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya, juga seseorang itu menjual atas jualan saudaranya. Jangan sekali-kali seorang perempuan berusaha melakukan sesuatu supaya saudara perempuannya diceraikan oleh suaminya supaya dia dapat menggantikan tempat saudaranya itu atau merosakkan kehidupan suami isteri.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : Nikah
BAB     :  Haram Meminang Terhadap Pinangan Saudaranya Iaitu Pinangan Orang Lain Kecuali Setelah Saudaranya Memberi Keizinan Atau Dia Telah Meninggalkan Iaitu Membatalkan Pinangan Itu

Rabu, Jun 20, 2012

Haram Menghimpunkan Iaitu Memadukan Seorang Perempuan Bersama Emak Saudaranya Sebelah Ayah Atau Sebelah Ibu


 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُجْمَعُ بَيْنَ الْمَرْأَةِ وَعَمَّتِهَا وَلَا بَيْنَ الْمَرْأَةِ وَخَالَتِهَا
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Tidak boleh dihimpunkan iaitu dimadukan antara seorang perempuan dengan emak saudaranya sebelah ayahnya ataupun sebelah ibunya.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : NIKAH
BAB     : Haram Menghimpunkan Iaitu Memadukan Seorang Perempuan Bersama Emak Saudaranya Sebelah Ayah Atau Sebelah Ibu

Khamis, Mei 17, 2012

Pengharaman Nikah Mut'ah

عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ مُتْعَةِ النِّسَاءِ يَوْمَ خَيْبَرَ وَعَنْ أَكْلِ لُحُومِ الْحُمُرِ الْإِنْسِيَّةِ


Hadis Ali bin Abi Talib k.w: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang iaitu umat Islam berkahwin secara mut'ah pada hari peperangan Khaibar. Rasulullah s.a.w juga melarang dari memakan daging keldai peliharaan pada hari tersebut.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : NIKAH
BAB    :  Masalah Kahwin Mut'ah Dan Penjelasan Bahawa Hal Itu Pernah Diharuskan Kemudian Dilarang, Kemudian Diharuskan Semula Dan Dilarang Kembali. Pengharamannya Ditetapkan Hingga Hari Kiamat

Sabtu, Mei 12, 2012

Haram Meminang Terhadap Pinangan Orang Lain

 عَنْ ابْنِ عُمَرَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَلَا يَخْطُبْ بَعْضُكُمْ عَلَى خِطْبَةِ بَعْضٍ

Hadis Ibnu Umar r.a: Nabi s.a.w pernah bersabda: Jangan ada di antara kamu yang menjual atas jualan orang lain dan juga jangan ada di antara kamu yang meminang terhadap pinangan orang lain.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : NIKAH
BAB : Haram Meminang Terhadap Pinangan Saudaranya

Isnin, Mei 07, 2012

Seorang Ayah Mengahwinkan Anak Gadisnya Yang Masih Kecil

 عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
تَزَوَّجَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِسِتِّ سِنِينَ وَبَنَى بِي وَأَنَا بِنْتُ تِسْعِ سِنِينَ قَالَتْ فَقَدِمْنَا الْمَدِينَةَ فَوُعِكْتُ شَهْرًا فَوَفَى شَعْرِي جُمَيْمَةً فَأَتَتْنِي أُمُّ رُومَانَ وَأَنَا عَلَى أُرْجُوحَةٍ وَمَعِي صَوَاحِبِي فَصَرَخَتْ بِي فَأَتَيْتُهَا وَمَا أَدْرِي مَا تُرِيدُ بِي فَأَخَذَتْ بِيَدِي فَأَوْقَفَتْنِي عَلَى الْبَابِ فَقُلْتُ هَهْ هَهْ حَتَّى ذَهَبَ نَفَسِي فَأَدْخَلَتْنِي بَيْتًا فَإِذَا نِسْوَةٌ مِنْ الْأَنْصَارِ فَقُلْنَ عَلَى الْخَيْرِ وَالْبَرَكَةِ وَعَلَى خَيْرِ طَائِرٍ فَأَسْلَمَتْنِي إِلَيْهِنَّ فَغَسَلْنَ رَأْسِي وَأَصْلَحْنَنِي فَلَمْ يَرُعْنِي إِلَّا وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضُحًى فَأَسْلَمْنَنِي إِلَيْهِ

Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah mengahwini aku semasa aku berumur enam tahun dan tinggal bersamaku semasa aku gadis berusia sembilan tahun. Aisyah menyambung lagi: Kami telah berhijrah ke Madinah dan aku demam panas selama sebulan sehinggalah rambut aku mencecah hingga paras bahu. Ketika itu ibu kandungku Ummu Rumaan datang berjumpa aku yang sedang berada atas buaian bermain bersama teman-temanku lalu dia memanggilku dan aku segera berjumpa dengannya iaitu dalam keadaan aku tidak mengetahui apa yang hendak dia lakukan terhadapku. Ibuku memegang tanganku iaitu membawa aku untuk masuk ke dalam rumah sehinggalah dia memberhentikan aku di pintu dan aku melepaskan lelahku sehingga keadaanku menjadi tenang. Selepas itu ibuku membawa aku masuk ke dalam rumah. Aku dapati ramai wanita Ansar, mereka menyambut kami dengan mesra serta mendoakan untuk pengantin supaya diberi kesenangan dan keberkatan. Ibuku menyerahkan aku kepada mereka lalu mereka membasuh kepalaku dan menghiaskan diriku secantik mungkin. Rasulullah s.a.w tidak mendatangiku secara tiba-tiba tetapi mereka iaitu perempuan-perempuan Ansar menyerahku kepada baginda ketika waktu Dhuha.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : NIKAH
BAB    : Seorang Ayah Mengahwinkan Anak Gadisnya Yang Masih Kecil

Khamis, April 26, 2012

Galakan Supaya Berkahwin

 عَنْ أَنَسٍ
أَنَّ نَفَرًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَأَلُوا أَزْوَاجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ عَمَلِهِ فِي السِّرِّ فَقَالَ بَعْضُهُمْ لَا أَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ وَقَالَ بَعْضُهُمْ لَا آكُلُ اللَّحْمَ وَقَالَ بَعْضُهُمْ لَا أَنَامُ عَلَى فِرَاشٍ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ فَقَالَ مَا بَالُ أَقْوَامٍ قَالُوا كَذَا وَكَذَا لَكِنِّي أُصَلِّي وَأَنَامُ وَأَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي
Hadis Anas r.a: Sesungguhnya beberapa orang sahabat r.a bertanya kepada isteri-isteri Nabi s.a.w mengenai amalan yang dilakukan oleh baginda secara diam-diam. Maka ada di antara mereka yang memberitahu bahawa dia tidak akan berkahwin. Ada juga yang memberitahu bahawa dia tidak makan daging dan ada pula yang memberitahu bahawa dia tidak pernah tidur di atas hamparan. Mendengar hal itu semua, Nabi s.a.w memuji kepada Allah dan bersabda: Apa kena dengan kaum itu, mereka berbicara itu dan ini, sesungguhnya aku mendirikan sembahyang dan aku juga tidur, aku berpuasa, berbuka dan aku juga berkahwin. Maka sesiapa yang tidak suka sunnahku, dia bukanlah golonganku iaitu umatku.

HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB : NIKAH
BAB : Galakan Supaya Berkahwin Kepada Orang Yang Terlalu Ingin Berkahwin Dan Telah Mempunyai Perbelanjaan Iaitu Saraan Hidup. Sementara Orang Yang Tidak Mempunyai Perbelanjaan Iaitu Saraan Hidup Hendaklah Selalu Berpuasa 

Rabu, April 25, 2012

Memenuhi Jemputan Orang Ke Majlis Kenduri

  عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْوَلِيمَةِ فَلْيَأْتِهَا
Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Apabila seseorang daripada kamu dijemput ke majlis kenduri maka hendaklah kamu menghadirinya.
 HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB : NIKAH
BAB : Wajib Memenuhi Jemputan Orang Ke Majlis Kenduri

Khamis, Februari 11, 2010

Galakan Supaya Berkahwin


عَنْ عَلْقَمَةَ قَالَ:
كُنْتُ أَمْشِي مَعَ عَبْدِ اللَّهِ بِمِنًى فَلَقِيَهُ عُثْمَانُ فَقَامَ مَعَهُ يُحَدِّثُهُ فَقَالَ لَهُ عُثْمَانُ يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَلَا نُزَوِّجُكَ جَارِيَةً شَابَّةً لَعَلَّهَا تُذَكِّرُكَ بَعْضَ مَا مَضَى مِنْ زَمَانِكَ قَالَ فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ لَئِنْ قُلْتَ ذَاكَ لَقَدْ قَالَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنْ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ

'Alqama reported: While I was walking with 'Abdullah at Mina, 'Uthman happened to meet him. He stopped there and began to talk with him. Uthman said to him: Abu 'Abd al-Rahman, should we not marry you to a young girl who may recall to you some of the past of your bygone days; thereupon he said: If you say so, Allah's Messenger (may peace be upon him) said: 0 young men, those among you who can support a wife should marry, for it restrains eyes from casting (evil glances). and preserves one from immorality; but those who cannot should devote themselves to fasting for it is a means of controlling sexual desire.




Diriwayatkan daripada Alqamah r.a katanya:
Aku pernah berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah r.a. Kami bertemu dengan Othman r.a yang kemudian menghampiri Abdullah r.a. Setelah berbincang beberapa ketika, Othman r.a bertanya: Wahai Abu Abdul Rahman: Mahukah aku jodohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah-mudahan perempuan itu akan dapat mengingatkan kembali masa lampaumu yang indah. Mendengar tawaran itu Abdullah r.a menjawab: Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w kepada kami: Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu.

HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB : NIKAH
BAB : Galakan Supaya Berkahwin Kepada Orang Yang Terlalu Ingin Berkahwin Dan Telah Mempunyai Perbelanjaan Iaitu Saraan Hidup. Sementara Orang Yang Tidak Mempunyai Perbelanjaan Iaitu Saraan Hidup Hendaklah Selalu Berpuasa