Memaparkan catatan dengan label KITAB SOLAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KITAB SOLAT. Papar semua catatan

Selasa, Oktober 26, 2010

Melintang Di Hadapan Orang Sembahyang


عَنْ عَائِشَةَ: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي مِنْ اللَّيْلِ وَأَنَا مُعْتَرِضَةٌ بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْقِبْلَةِ كَاعْتِرَاضِ الْجَنَازَةِ

Hadis Saidatina Aisyah r.a:
Nabi s.a.w pernah mendirikan sembahyang pada suatu malam manakala aku pula pada ketika itu melintang di antara baginda dan kiblat seperti jenazah melintang.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : SOLAT
BAB : Melintang Di Hadapan Orang Sembahyang

Isnin, Oktober 25, 2010

Sembahyang Berhampiran Dinding


عَنْ سَلَمَةَ وَهُوَ ابْنُ الْأَكْوَعِ
أَنَّهُ كَانَ يَتَحَرَّى مَوْضِعَ مَكَانِ الْمُصْحَفِ يُسَبِّحُ فِيهِ وَذَكَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَتَحَرَّى ذَلِكَ الْمَكَانَ وَكَانَ بَيْنَ الْمِنْبَرِ وَالْقِبْلَةِ قَدْرُ مَمَرِّ الشَّاةِ

Hadis Salamah bin Al-Akwa' r.a:

Beliau memilih tempat untuk meletak mashaf iaitu Al-Quran, lalu sembahyang di situ. Beliau menyebut bahawa Rasulullah s.a.w juga memilih tempat tersebut. Manakala jarak antara mimbar dan kiblat hanyalah cukup untuk laluan seekor kambing sahaja.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : SOLAT
BAB : Sembahyang Berhampiran Dinding

Ahad, Oktober 24, 2010

Menghindari Dari Melintasi Orang Yang Sedang Solat


عَنْ أَبُو جُهَيْمٍ قَالَ:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ يَعْلَمُ الْمَارُّ بَيْنَ يَدَيْ الْمُصَلِّي مَاذَا عَلَيْهِ لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا لَهُ مِنْ أَنْ يَمُرَّ بَيْنَ يَدَيْهِ قَالَ أَبُو النَّضْرِ لَا أَدْرِي قَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أَوْ شَهْرًا أَوْ سَنَةً
Hadis Abu Juhaim r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya orang yang melintasi di hadapan orang sembahyang itu tahu betapa besar dosanya nescaya lebih baik dia berhenti selama 40 dari melintas di hadapan orang sembahyang. Abu An-Nadri berkata: Aku tidak pasti adakah baginda mengatakan 40 hari, 40 bulan atau tahun.
HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : SOLAT
BAB : Menahan Orang Yang Melintas Di Hadapan Orang Sembahyang

Sabtu, Oktober 23, 2010

Menahan Orang Yang Melintas Di Hadapan Orang Sembahyang


عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا كَانَ أَحَدُكُمْ يُصَلِّي فَلَا يَدَعْ أَحَدًا يَمُرُّ بَيْنَ يَدَيْهِ وَلْيَدْرَأْهُ مَا اسْتَطَاعَ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هُوَ شَيْطَانٌ

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang sembahyang, janganlah membiarkan seorang pun yang melintasi di hadapannya. Sekiranya ada orang yang melintas maka hendaklah dia menghalang semampunya. Sekiranya halangan tersebut tidak dihiraukan maka hendaklah dia membunuhnya kerana sesungguhnya orang tersebut adalah syaitan.


HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : SOLAT
BAB : Menahan Orang Yang Melintas Di Hadapan Orang Sembahyang

Rabu, Oktober 20, 2010

Sekatan atau Pendinding Ketika Mendirikan Sembahyang


عَنْ ابْنِ عُمَرَ:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا خَرَجَ يَوْمَ الْعِيدِ أَمَرَ بِالْحَرْبَةِ فَتُوضَعُ بَيْنَ يَدَيْهِ فَيُصَلِّي إِلَيْهَا وَالنَّاسُ وَرَاءَهُ وَكَانَ يَفْعَلُ ذَلِكَ فِي السَّفَرِ فَمِنْ ثَمَّ اتَّخَذَهَا الْأُمَرَاءُ

Hadis Ibnu Umar r.a:

Sesungguhnya apabila Rasulullah s.a.w keluar untuk sembahyang pada Hari Raya, baginda memerintahkan supaya membawa lembing yang berhujung besi untuk dipacakkan di hadapan, kemudian baginda mendirikan sembahyang menghadap ke arah lembing tadi. Begitu juga para makmum di belakang baginda. Oleh kerana itulah, pada hari ini, pihak penguasa turut melakukan sedemikian.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : SOLAT
BAB : Sekatan atau Pendinding Ketika Mendirikan Sembahyang

Selasa, Oktober 19, 2010

Meluruskan Badan Ketika Sujud


عَنْ أَنَسٍ قَالَ:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اعْتَدِلُوا فِي السُّجُودِ وَلَا يَبْسُطْ أَحَدُكُمْ ذِرَاعَيْهِ انْبِسَاطَ الْكَلْبِ
Hadis Anas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Luruskanlah badan ketika bersujud dan janganlah salah seorang dari kamu mendamparkan kedua lengannya iaitu merapatkan siku ke tanah seperti anjing mendamparkan kaki hadapannya.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : SOLAT
BAB : Meluruskan Badan Ketika Sujud, Meletakkan Kedua Tapak Tangan Di Atas Tanah, Mengangkat Kedua Siku Dari Rusuk Dan Menjauhkan Perut Dari Kedua Paha Ketika Sujud

Isnin, Oktober 18, 2010

Anggota anggota Sujud Serta Larangan Melapik Rambut Dan Pakaian Yang Dipakai Pada Dahi


: عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ
أُمِرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةٍ وَنُهِيَ أَنْ يَكُفَّ شَعْرَهُ وَثِيَابَهُ
Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:
Nabi s.a.w telah diperintahkan agar melakukan sujud dengan menggunakan tujuh anggota badan serta dilarang melapik dahi dengan rambutnya dan pakaiannya.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : SOLAT
BAB : Anggota anggota Sujud Serta Larangan Melapik Rambut Dan Pakaian Yang Dipakai Pada Dahi Dan Menjalin Rambut Ketika Sembahyang

Ahad, Oktober 17, 2010

Bacaan Ketika Rukuk dan Sujud


: عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ فِي رُكُوعِهِ وَسُجُودِهِ سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي يَتَأَوَّلُ الْقُرْآنَ

Hadis Aisyah r.a katanya:

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ketika rukuk dan sujud, baginda biasanya memperbanyakkan bacaan: سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي Baginda melaksanakan apa yang diperintahkan di dalam Al-Quran.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : SOLAT
BAB : Bacaan Ketika Rukuk dan Sujud

Sabtu, Oktober 16, 2010

Mengikuti Imam dan Melakukan Rukun atau Selainnya Selepas Imam


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ يَزِيدَ قَالَ حَدَّثَنِي الْبَرَاءُ وَهُوَ غَيْرُ كَذُوبٍ
أَنَّهُمْ كَانُوا يُصَلُّونَ خَلْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنْ الرُّكُوعِ لَمْ أَرَ أَحَدًا يَحْنِي ظَهْرَهُ حَتَّى يَضَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَبْهَتَهُ عَلَى الْأَرْضِ ثُمَّ يَخِرُّ مَنْ وَرَاءَهُ سُجَّدًا

Hadis Al-Bara' r.a:

Sesungguhnya mereka iaitu para sahabat sembahyang di belakang Rasulullah s.a.w. Maka apabila baginda mengangkat kepala dari rukuk, aku tidak melihat seorang pun yang masih membongkokkan badannya sehinggalah ketika Rasulullah s.a.w meletakkan dahi ke tempat sujud maka orang-orang yang berada di belakang baginda pun turut sujud.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : SOLAT
BAB : Mengikuti Imam dan Melakukan Rukun atau Selainnya Selepas Imam

Jumaat, Oktober 15, 2010

Penyelarasan Di Antara Rukun rukun Sembahyang dan Meringankannya Tanpa Mencacatkan Sembahyang


: عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ
رَمَقْتُ الصَّلَاةَ مَعَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَجَدْتُ قِيَامَهُ فَرَكْعَتَهُ فَاعْتِدَالَهُ بَعْدَ رُكُوعِهِ فَسَجْدَتَهُ فَجَلْسَتَهُ بَيْنَ السَّجْدَتَيْنِ فَسَجْدَتَهُ فَجَلْسَتَهُ مَا بَيْنَ التَّسْلِيمِ وَالِانْصِرَافِ قَرِيبًا مِنْ السَّوَاءِ

Hadis Al-Bara' bin Azib r.a katanya:

Aku mengamati sembahyangku bersama Muhammad s.a.w. Maka aku mendapati baginda berdiri, rukuk, bangkit sesudah rukuk, sujud, duduk antara dua sujud, sujud lagi serta baginda duduk antara salam dan selesai sembahyang, semuanya hampir sama.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : SOLAT
BAB : Penyelarasan Di Antara Rukun rukun Sembahyang dan Meringankannya Tanpa Mencacatkan Sembahyang

Khamis, Oktober 14, 2010

Meminta Imam Supaya Mempercepat Sembahyang Tanpa Mencacat Sembahyang


: عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِنِّي لَأَتَأَخَّرُ عَنْ صَلَاةِ الصُّبْحِ مِنْ أَجْلِ فُلَانٍ مِمَّا يُطِيلُ بِنَا فَمَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَضِبَ فِي مَوْعِظَةٍ قَطُّ أَشَدَّ مِمَّا غَضِبَ يَوْمَئِذٍ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ مِنْكُمْ مُنَفِّرِينَ فَأَيُّكُمْ أَمَّ النَّاسَ فَلْيُوجِزْ فَإِنَّ مِنْ وَرَائِهِ الْكَبِيرَ وَالضَّعِيفَ وَذَا الْحَاجَةِ
Hadis Abu Mas'ud Al-Ansariy r.a katanya:
Seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Aku akan datang lewat semasa sembahyang Subuh nanti disebabkan oleh Si Polan yang memanjangkan sembahyangnya. Aku belum pernah melihat Nabi s.a.w marah ketika memberi nasihat melebihi kemarahan baginda pada hari itu. Baginda bersabda: Wahai umatku sekalian! Sesungguhnya ada di antara kamu yang menjauhkan orang dari agama. Maka sesiapa di antara kamu menjadi imam, hendaklah dia mempercepatkan sembahyangnya kerana di belakangnya terdapat orang-orang tua, orang-orang yang lemah dan orang-orang yang mempunyai keperluan lain.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : SOLAT
BAB : Meminta Imam Supaya Mempercepat Sembahyang Tanpa Mencacat Sembahyang

Selasa, Oktober 12, 2010

Bacaan Ketika Sembahyang Isyak





عَنْ عَدِيٍّ قَالَ سَمِعْتُ الْبَرَاءَ يُحَدِّث
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ فِي سَفَرٍ فَصَلَّى الْعِشَاءَ الْآخِرَةَ فَقَرَأَ فِي إِحْدَى الرَّكْعَتَيْنِ وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ
Hadis Al-Bara' r.a:
Daripada Nabi s.a.w bahawa dalam suatu perjalanan, ketika baginda mendirikan sembahyang Isyak, baginda membaca di dalam salah satu dari dua rakaatnya Surah At-Tin.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : SOLAT
BAB : Bacaan Ketika Sembahyang Isyak

Isnin, Oktober 11, 2010

Bacaan Ketika Sembahyang Subuh


: عَنْ أَبِي بَرْزَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْرَأُ فِي صَلَاةِ الْغَدَاةِ مِنْ السِّتِّينَ إِلَى الْمِائَةِ
Hadis Abu Barzah r.a:
Rasulullah s.a.w membaca ayat-ayat Al-Quran semasa sembahyang Subuh sebanyak enam puluh hingga seratus ayat.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : SOLAT
BAB : Bacaan Ketika Sembahyang Subuh

Ahad, Oktober 10, 2010

Bacaan Ketika Sembahyang Zuhur Dan Asar


عَنْ أَبِي قَتَادَةَ قَالَ:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي بِنَا فَيَقْرَأُ فِي الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ فِي الرَّكْعَتَيْنِ الْأُولَيَيْنِ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَسُورَتَيْنِ وَيُسْمِعُنَا الْآيَةَ أَحْيَانًا وَكَانَ يُطَوِّلُ الرَّكْعَةَ الْأُولَى مِنْ الظُّهْرِ وَيُقَصِّرُ الثَّانِيَةَ وَكَذَلِكَ فِي الصُّبْحِ

Hadis Abu Qatadah r.a katanya:
Ketika Rasulullah s.a.w berjemaah bersama kami pada sembahyang Zuhur dan Asar, baginda membaca surah Al-Fatihah dan dua surah pada dua rakaat yang pertama. Kadang-kadang baginda menyaringkan bacaan ayatnya kepada kami. Baginda memanjangkan rakaat pertama dan memendekkan rakaat kedua ketika sembahyang Zuhur demikian juga ketika sembahyang Subuh.


HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : SOLAT
BAB : Bacaan Ketika Sembahyang Zuhur Dan Asar

Khamis, Oktober 07, 2010

Meninggikan Bacaan Di dalam Sembahyang Subuh Dan Membaca Al Quran Kepada Jin


: عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ
مَا قَرَأَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى الْجِنِّ وَمَا رَآهُمْ انْطَلَقَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي طَائِفَةٍ مِنْ أَصْحَابِهِ عَامِدِينَ إِلَى سُوقِ عُكَاظٍ وَقَدْ حِيلَ بَيْنَ الشَّيَاطِينِ وَبَيْنَ خَبَرِ السَّمَاءِ وَأُرْسِلَتْ عَلَيْهِمْ الشُّهُبُ فَرَجَعَتْ الشَّيَاطِينُ إِلَى قَوْمِهِمْ فَقَالُوا مَا لَكُمْ قَالُوا حِيلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَ خَبَرِ السَّمَاءِ وَأُرْسِلَتْ عَلَيْنَا الشُّهُبُ قَالُوا مَا ذَاكَ إِلَّا مِنْ شَيْءٍ حَدَثَ فَاضْرِبُوا مَشَارِقَ الْأَرْضِ وَمَغَارِبَهَا فَانْظُرُوا مَا هَذَا الَّذِي حَالَ بَيْنَنَا وَبَيْنَ خَبَرِ السَّمَاءِ فَانْطَلَقُوا يَضْرِبُونَ مَشَارِقَ الْأَرْضِ وَمَغَارِبَهَا فَمَرَّ النَّفَرُ الَّذِينَ أَخَذُوا نَحْوَ تِهَامَةَ وَهُوَ بِنَخْلٍ عَامِدِينَ إِلَى سُوقِ عُكَاظٍ وَهُوَ يُصَلِّي بِأَصْحَابِهِ صَلَاةَ الْفَجْرِ فَلَمَّا سَمِعُوا الْقُرْآنَ اسْتَمَعُوا لَهُ وَقَالُوا هَذَا الَّذِي حَالَ بَيْنَنَا وَبَيْنَ خَبَرِ السَّمَاءِ فَرَجَعُوا إِلَى قَوْمِهِمْ فَقَالُوا يَا قَوْمَنَا
{ إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ فَآمَنَّا بِهِ وَلَنْ نُشْرِكَ بِرَبِّنَا أَحَدًا }
فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى نَبِيِّهِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
{ قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنْ الْجِنِّ }

Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w belum pernah membaca Al-Quran dan mengajar agama kepada jin dan belum pernah pula melihat mereka. Kisahnya, baginda berangkat bersama dengan rombongan para sahabat menuju ke pasar Ukaz Pada ketika itu, tipu muslihat antara syaitan dan berita dari langit dihalangi dan mereka dilempari dengan panah api. Maka mereka pun kembali kepada kaum mereka, lalu berkata: Antara kami dan berita dari langit ditipu daya dan kami dilempari dengan panah api. Kaum mereka berpendapat: Keadaan itu adalah kerana ada sesuatu yang luar biasa berlaku. Pergilah ke bumi di sebelah timur dan barat. Telitilah apa yang menghalangi antara kita dan berita dari langit. Mereka pun pergi ke bumi di sebelah timur dan barat. Sekumpulan jin dari mereka menuju ke arah Tihamah iaitu mengikuti Nabi s.a.w. Baginda berada di bawah pokok tamar dalam perjalanan ke pasar Ukaz. Pada saat itu, baginda sedang sembahyang Subuh bersama para sahabat. Ketika mereka mendengar Al-Quran, mereka memerhatikannya, lalu berkata: Inilah yang menghalangi antara kita dengan berita dari langit. Maka mereka pun kembali kepada kaum mereka lalu berkata: Wahai kaumku. إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ فَآمَنَّا بِهِ وَلَنْ نُشْرِكَ بِرَبِّنَا أَحَدًا Yang bermaksud: Sesungguhnya aku telah mendengar bacaan yang mengkagumkan, yang boleh menunjukkan kita kepada kebenaran, maka aku beriman kepadanya dan tidak akan menyekutukan Tuhanku dengan siapa pun. Maka Allah s.w.t menurunkan kepada nabiNya Muhammad s.a.w ayat قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنَ الْجِنِّ Yang bermaksud: Katakanlah, telah diwahyukan kepadaku, bahawasanya sekumpulan jin telah mendengar bacaan Al-Quran.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : SOLAT
BAB : Meninggikan Bacaan Di dalam Sembahyang Subuh Dan Membaca Al Quran Kepada Jin

Rabu, Oktober 06, 2010

Mendengar Bacaan Al Quran


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ:
فِي قَوْلِهِ عَزَّ وَجَلَّ
{ لَا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ }
قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا نَزَلَ عَلَيْهِ جِبْرِيلُ بِالْوَحْيِ كَانَ مِمَّا يُحَرِّكُ بِهِ لِسَانَهُ وَشَفَتَيْهِ فَيَشْتَدُّ عَلَيْهِ فَكَانَ ذَلِكَ يُعْرَفُ مِنْهُ فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى
{ لَا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ }
أَخْذَهُ
{ إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ }
إِنَّ عَلَيْنَا أَنْ نَجْمَعَهُ فِي صَدْرِكَ وَقُرْآنَهُ فَتَقْرَؤُهُ
{ فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ }
قَالَ أَنْزَلْنَاهُ فَاسْتَمِعْ لَهُ
{ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُ }
أَنْ نُبَيِّنَهُ بِلِسَانِكَ فَكَانَ إِذَا أَتَاهُ جِبْرِيلُ أَطْرَقَ فَإِذَا ذَهَبَ قَرَأَهُ كَمَا وَعَدَهُ اللَّهُ

Hadis Ibnu Abbas r.a:
Tentang firman Allah s.w.t: لَا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ Yang bermaksud: Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk membaca Al-Quran. Beliau berkata: Dulu apabila Malaikat Jibril turun menyampaikan wahyu, maka Nabi s.a.w menggerakkan lidah dan bibir baginda untuk membaca wahyu tadi sehingga susah menggerakkannya. Keadaan baginda sedemikian dapat dilihat. Maka Allah berfirman: لَا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ Yang bermaksud: Janganlah kamu menggerakkan lidahmu untuk membacanya dan ingin cepat menguasainya. Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya dan membacanya. Kamilah yang perlu mengumpulkannya di dadamu dan membacanya, lalu kamu membacanya.فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ Yang bermaksud: Apabila Kami selesai membacanya, maka ikutilah bacaan itu. Kami menurunkannya, maka dengarkanlah baik-baik. FirmanNya إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُ Yang bermaksud: Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah penjelasannya. Kami menjelaskannya melalui lidahmu. Apabila Malaikat Jibril mendatangi baginda, baginda diam dan apabila Malaikat tadi iaitu Jibril telah pergi, barulah baginda membacanya sebagaimana telah dijanjikan oleh Allah kepada baginda.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : SOLAT
BAB : Mendengar Bacaan Al Quran

Selasa, Oktober 05, 2010

Asbabul Nuzul ( وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا )



: عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ
فِي قَوْلِهِ عَزَّ وَجَلَّ
{ وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا }
قَالَ نَزَلَتْ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَوَارٍ بِمَكَّةَ فَكَانَ إِذَا صَلَّى بِأَصْحَابِهِ رَفَعَ صَوْتَهُ بِالْقُرْآنِ فَإِذَا سَمِعَ ذَلِكَ الْمُشْرِكُونَ سَبُّوا الْقُرْآنَ وَمَنْ أَنْزَلَهُ وَمَنْ جَاءَ بِهِ فَقَالَ اللَّهُ تَعَالَى لِنَبِيِّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
{ وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ }
فَيَسْمَعَ الْمُشْرِكُونَ قِرَاءَتَكَ
{ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا }
عَنْ أَصْحَابِكَ أَسْمِعْهُمْ الْقُرْآنَ وَلَا تَجْهَرْ ذَلِكَ الْجَهْرَ
{ وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلًا }
يَقُولُ بَيْنَ الْجَهْرِ وَالْمُخَافَتَةِ
Hadis Ibnu Abbas r.a:
Tentang firman Allah: وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا Yang bermaksud: Dan janganlah kamu meninggikan suaramu dalam sembahyang dan jangan pula memperlahankannya. Katanya: Ayat ini diturunkan ketika Rasulullah s.a.w sedang bersembunyi di Mekah. Oleh itu apabila baginda sembahyang bersama para sahabat, baginda meninggikan suaranya semasa membaca Al-Quran. Apabila orang-orang musyrik mendengarnya, mereka memaki Al-Quran, Zat yang menurunkannya dan orang yang membacanya. Maka Allah s.w.t berfirman kepada NabiNya s.a.w:: وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ Yang bermaksud: Janganlah kamu meninggikan suaramu di dalam sembahyangmu. Sehingga orang-orang musyrik mendengar bacaanmu. وَلَا تُخَاِفتْ بِهَا Yang bermaksud: Dan jangan pula memperlahankannya. Sehingga sahabatmu tidak mendengarnya. Perdengarkanlah Al-Quran kepada mereka, tetapi jangan terlalu tinggi,وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلًا sebaliknya carilah cara yang sederhana di antara keduanya. Jadi baginda membaca sederhana antara tinggi dan perlahan

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : SOLAT
BAB : Sederhana Pada Bacaan Di Dalam Sembahyang Jahriyah (Sembahyang Yang Dibaca Secara Nyaring) Iaitu Antara Nyaring Dan Perlahan Jika Dikhuatiri Akan Menimbulkan Perkara Yang Tidak Baik Apabila Dinyaringkan

Isnin, Oktober 04, 2010

Wanita Dibolehkan Keluar Ke Masjid Jika Tidak Menimbulkan Fitnah


عَنْ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ:
يَبْلُغُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِذَا اسْتَأْذَنَتْ أَحَدَكُمْ امْرَأَتُهُ إِلَى الْمَسْجِدِ فَلَا يَمْنَعْهَا

Hadis Ibnu Umar r.a:

Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila isteri salah seorang daripada kamu meminta izin untuk pergi ke masjid, maka janganlah menegahnya.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : SOLAT
BAB : Wanita Dibolehkan Keluar Ke Masjid Jika Tidak Menimbulkan Fitnah Dan Tidak Dibolehkan Memakai Wangi wangian

Rabu, September 29, 2010

Kelebihan Saf Yang Pertama

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي التَّهْجِيرِ لَاسْتَبَقُوا إِلَيْهِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي الْعَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Seandainya manusia mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan cara mengundi di antara mereka, sudah tentu mereka mahu mengundi. Seandainya mereka mengetahui kelebihan takbir iaitu menyegerakan sembahyang, sudah pasti mereka akan berlumba-lumba mendapatkannya dan seandainya mereka mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam sembahyang Isyak dan sembahyang Subuh, sudah tentu mereka akan mendatanginya meskipun secara merangkak.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : SOLAT
BAB : Meluruskan Saf Dan Merapikannya. Kelebihan Saf Yang Pertama. Memenuhkan Saf Pertama. Berlumba lumba Mencapainya Serta Mengutamakan Orang orang Yang Mempunyai Kelayakan Dan Mendekatkan Mereka Kepada Imam

Selasa, September 28, 2010

Merapikan Saf Itu Sebahagian Dari Keelokan Solat


عَنْ أَبُو هُرَيْرَةَ:
عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ أَحَادِيثَ مِنْهَا وَقَالَ: أَقِيمُوا الصَّفَّ فِي الصَّلَاةِ فَإِنَّ إِقَامَةَ الصَّفِّ مِنْ حُسْنِ الصَّلَاةِ

Hadis Abu Hurairah r.a:

Rasulullah s.a.w bersabda: Rapikanlah saf semasa sembahyang kerana merapikan saf itu sebahagian dari keelokan sembahyang.

HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB : SOLAT
BAB : Bab Meluruskan Saf Dan Merapikannya.