Memaparkan catatan dengan label KITAB PAKAIAN DAN PERHIASAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KITAB PAKAIAN DAN PERHIASAN. Papar semua catatan

Selasa, Jun 19, 2012

Larangan Duduk Di Tepi Jalan Umum Dan Hendaklah Menjaga Hak Haknya


  عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالْجُلُوسَ فِي الطُّرُقَاتِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا لَنَا بُدٌّ مِنْ مَجَالِسِنَا نَتَحَدَّثُ فِيهَا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا أَبَيْتُمْ إِلَّا الْمَجْلِسَ فَأَعْطُوا الطَّرِيقَ حَقَّهُ قَالُوا وَمَا حَقُّهُ قَالَ غَضُّ الْبَصَرِ وَكَفُّ الْأَذَى وَرَدُّ السَّلَامِ وَالْأَمْرُ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّهْيُ عَنْ الْمُنْكَرِ

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a: Nabi s.a.w bersabda: Hindarilah dari duduk di tepi-tepi jalan. Para sahabat berkata: Wahai Rasulullah! Kami tidak boleh menghindarinya kerana kami duduk berbincang-bincang di sana iaitu di tepi jalan. Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya kamu ingin duduk juga, maka berikanlah pada jalan itu haknya. Para sahabat bertanya: Apakah haknya? Rasulullah s.a.w bersabda: Mencegah dari melihat sesuatu yang dilarang, menghindarkan perkara-perkara yang merugikan, menjawab salam serta membuat perkara yang baik dan mencegah perbuatan mungkar.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : PAKAIAN DAN PERHIASAN
BAB    : Larangan Duduk Di Tepi Jalan Umum Dan Hendaklah Menjaga Hak Haknya

Rabu, Jun 13, 2012

Mengubah Ciptaan Allah


 عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ
لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Allah melaknat pembuat tatu, orang-orang yang meminta supaya dibuatkan tatu, orang-orang yang menghilangkan rambut pada wajah serta orang-orang yang meminta supaya dihilangkan rambut pada wajahnya, serta orang-orang yang merenggangkan gigi demi kecantikan untuk mengubah ciptaan Allah.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : PAKAIAN DAN PERHIASAN
BAB     : Haram Menyambung Rambut Dengan Rambut Orang Lain Dan Meminta Supaya Disambungkan Rambutnya Dengan Rambut Orang Lain, Membuat Tatu Dan Meminta Supaya Dibuatkan Tatu, Menghilangkan Rambut Pada Wajah Dan Meminta Supaya Dihilangkan Rambut Pada Wajahnya, Merenggangkan Gigi Dan Mengubah Ciptaan Allah

Isnin, Jun 11, 2012

Dibolehkan Berbaring Sambil Meletakkan Sebelah Kaki Pada Sebelah Kaki Lagi


 عَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ عَنْ عَمِّهِ أَنَّهُ
رَأَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُسْتَلْقِيًا فِي الْمَسْجِدِ وَاضِعًا إِحْدَى رِجْلَيْهِ عَلَى الْأُخْرَى
Hadis Abdullah bin Zaid r.a: Sesungguhnya aku melihat Rasulullah s.a.w berbaring di dalam masjid sambil meletakkan sebelah kaki baginda pada sebelah kaki lagi.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : PAKAIAN DAN PERHIASAN
BAB    : Dibolehkan Berbaring Sambil Meletakkan Sebelah Kaki Pada Sebelah Kaki Lagi

Ahad, Jun 10, 2012

Sunat Memakai Selipar Yang Sebelah Kanan Terlebih Dahulu Manakala Mencabutnya Dengan Yang Sebelah Kiri

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا انْتَعَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَبْدَأْ بِالْيُمْنَى وَإِذَا خَلَعَ فَلْيَبْدَأْ بِالشِّمَالِ وَلْيُنْعِلْهُمَا جَمِيعًا أَوْ لِيَخْلَعْهُمَا جَمِيعًا

Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang di antara kamu memakai selipar, maka hendaklah mendahuluinya dengan yang sebelah kanan dan apabila ingin mencabutnya, maka hendaklah mendahuluinya dengan yang sebelah kiri. Seboleh-bolehnya pakailah kedua-dua selipar itu sekaligus atau mencabut kedua-duanya sekaligus.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : PAKAIAN DAN PERHIASAN, 
BAB    : Sunat Memakai Selipar Yang Sebelah Kanan Terlebih Dahulu Manakala Mencabutnya Dengan Yang Sebelah Kiri Kemudian Makruh Berjalan Dengan Sebelah Selipar

Ahad, Mei 20, 2012

Nabi S.a.w. Memakai Cincin Perak Yang Ada Ukiran Nama Muhammad Rasulullah

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّخَذَ خَاتَمًا مِنْ فِضَّةٍ وَنَقَشَ فِيهِ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَقَالَ لِلنَّاسِ إِنِّي اتَّخَذْتُ خَاتَمًا مِنْ فِضَّةٍ وَنَقَشْتُ فِيهِ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ فَلَا يَنْقُشْ أَحَدٌ عَلَى نَقْشِهِ

Hadis Anas bin Malik r.a: Sesungguhnya Nabi s.a.w memakai cincin perak. Pada cincin itu terpahat nama Muhammad Rasulullah Baginda bersabda kepada kaum Muslimin: Aku membuat cincin dari perak dan padanya aku ukirkan Muhammad Rasulullah Maka tidak ada seorang pun dapat mengukir pada ukirannya.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : PAKAIAN DAN PERHIASAN
BAB     : Nabi S.a.w. Memakai Cincin Perak Yang Ada Ukiran Nama Muhammad Rasulullah Dan Para Khalifah Turut Memakainya Selepas Itu

Haram Memakai Cincin Emas Bagi Lelaki

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ نَهَى عَنْ خَاتَمِ الذَّهَبِ
Hadis Abu Hurairah r.a: Daripada Nabi s.a.w bahawa baginda melarang memakai cincin emas

 عَنْ عَبْدِ اللَّهِ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اصْطَنَعَ خَاتَمًا مِنْ ذَهَبٍ فَكَانَ يَجْعَلُ فَصَّهُ فِي بَاطِنِ كَفِّهِ إِذَا لَبِسَهُ فَصَنَعَ النَّاسُ ثُمَّ إِنَّهُ جَلَسَ عَلَى الْمِنْبَرِ فَنَزَعَهُ فَقَالَ إِنِّي كُنْتُ أَلْبَسُ هَذَا الْخَاتَمَ وَأَجْعَلُ فَصَّهُ مِنْ دَاخِلٍ فَرَمَى بِهِ ثُمَّ قَالَ وَاللَّهِ لَا أَلْبَسُهُ أَبَدًا فَنَبَذَ النَّاسُ خَوَاتِيمَهُمْ

Hadis Abdullah bin Umar r.a: Rasulullah s.a.w menyuruh supaya membuat cincin daripada emas, baginda meletakkan permata cincinnya pada bahagian dalam telapak tangan, apabila baginda memakainya, orang ramai pun membuatnya sedemikian. Kemudian suatu ketika, baginda duduk di atas mimbar, lalu mencabut cincinnya seraya bersabda: Aku pernah memakai cincin ini dan meletakkan permatanya di bahagian dalam telapak tangan lalu baginda membuang cincin itu dan bersabda: Demi Allah, aku tidak akan memakainya lagi buat selama-lamanya! Orang ramai pun turut membuang cincin-cincin mereka.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : PAKAIAN DAN PERHIASAN
BAB     :  Haram Memakai Cincin Emas Bagi Lelaki Dan Menghapuskan Pengharusannya Pada Zaman Permulaan Islam

Haram Berlagak Ketika Berjalan Sambil Menunjuk Nunjuk Pakaiannya

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَيْنَمَا رَجُلٌ يَمْشِي قَدْ أَعْجَبَتْهُ جُمَّتُهُ وَبُرْدَاهُ إِذْ خُسِفَ بِهِ الْأَرْضُ فَهُوَ يَتَجَلْجَلُ فِي الْأَرْضِ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ

Hadis Abu Hurairah r.a: Daripada Nabi s.a.w baginda bersabda: Ketika seorang lelaki sedang berjalan, beliau begitu bangga dengan juntaian rambutnya serta kejantanannya, tiba-tiba beliau ditenggelamkan oleh bumi, maka beliau pun terbenam di dalam bumi sehingga ke Hari Kiamat.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : PAKAIN DAN PERHIASAN
BAB    : Haram Berlagak Ketika Berjalan Sambil Menunjuk Nunjuk Pakaiannya

Jumaat, Mei 11, 2012

Harus Menggunakan Permaidani

  عَنْ جَابِرٍ قَالَ
قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا تَزَوَّجْتُ أَتَّخَذْتَ أَنْمَاطًا قُلْتُ وَأَنَّى لَنَا أَنْمَاطٌ قَالَ أَمَا إِنَّهَا سَتَكُونُ

Hadis Jabir r.a katanya: Setelah aku berkahwin, Rasulullah s.a.w bertanya kepadaku: Adakah engkau menggunakan permadani? Aku bertanya kepada baginda kembali: Adakah aku mempunyai permaidani? Rasulullah s.a.w bersabda: Ingatlah, sesungguhnya kamu akan memilikinya!.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : PAKAIAN DAN PERHIASAN
 BAB    :Harus Menggunakan Permaidani

Isnin, Mei 07, 2012

Haram Berlagak Ketika Berjalan Sambil Menunjuk Nunjuk Pakaiannya

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَيْنَمَا رَجُلٌ يَمْشِي قَدْ أَعْجَبَتْهُ جُمَّتُهُ وَبُرْدَاهُ إِذْ خُسِفَ بِهِ الْأَرْضُ فَهُوَ يَتَجَلْجَلُ فِي الْأَرْضِ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ

Hadis Abu Hurairah r.a: Daripada Nabi s.a.w baginda bersabda: Ketika seorang lelaki sedang berjalan, beliau begitu bangga dengan juntaian rambutnya serta kejantanannya, tiba-tiba beliau ditenggelamkan oleh bumi, maka beliau pun terbenam di dalam bumi sehingga ke Hari Kiamat.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : PAKAIAN DAN PERHIASAN
BAB   : Haram Berlagak Ketika Berjalan Sambil Menunjuk Nunjuk Pakaiannya

Selasa, April 24, 2012

Diharuskan Memakai Sutera Bagi Lelaki Jika Berkudis Dan Seumpamanya

عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي عَرُوبَةَ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ أَنَّ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ أَنْبَأَهُمْ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَخَّصَ لِعَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ وَالزُّبَيْرِ بْنِ الْعَوَّامِ فِي الْقُمُصِ الْحَرِيرِ فِي السَّفَرِ مِنْ حِكَّةٍ كَانَتْ بِهِمَا أَوْ وَجَعٍ كَانَ بِهِمَا 
Hadis Anas bin Malik r.a: 
Rasulullah s.a.w memberi kelonggaran kepada Abdul Rahman bin Auf dan Az-Zubir bin Al-Awwam mengenai pakaian sutera dalam perjalanan kerana adanya kudis yang mereka deritai atau adanya penyakit pada mereka. Diharuskan Memakai Sutera Bagi Lelaki Jika Berkudis Atau Sebagainya 
HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB :KITAB PAKAIAN DAN PERHIASAN
BAB :   Diharuskan Memakai Sutera Bagi Lelaki Jika Berkudis Dan Seumpamanya

Ahad, April 22, 2012

Tujuh Perkara Yang Dituntut Dan Tujuh Perkara Yang Ditegah


 عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ  يَقُولُ
أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِسَبْعٍ وَنَهَانَا عَنْ سَبْعٍ أَمَرَنَا بِعِيَادَةِ الْمَرِيضِ وَاتِّبَاعِ الْجَنَازَةِ وَتَشْمِيتِ الْعَاطِسِ وَإِبْرَارِ الْقَسَمِ أَوْ الْمُقْسِمِ وَنَصْرِ الْمَظْلُومِ وَإِجَابَةِ الدَّاعِي وَإِفْشَاءِ السَّلَامِ وَنَهَانَا عَنْ خَوَاتِيمَ أَوْ عَنْ تَخَتُّمٍ بِالذَّهَبِ وَعَنْ شُرْبٍ بِالْفِضَّةِ وَعَنْ الْمَيَاثِرِ وَعَنْ الْقَسِّيِّ وَعَنْ لُبْسِ الْحَرِيرِ وَالْإِسْتَبْرَقِ وَالدِّيبَاجِ

Hadis Al-Bara' bin Azib r.a katanya:
Rasulullah s.a.w memerintahkan kami dengan tujuh perkara dan melarang kami dari tujuh perkara. Baginda memerintahkan kami menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah, mendoakan orang bersin, menunaikan sumpah dengan benar, menolong orang yang dizalimi, memenuhi undangan dan memberi salam. Baginda melarang kami memakai cincin atau bercincin emas, minum dengan bekas minuman dari perak, hamparan sutera, pakaian buatan Qasiyyi iaitu pakaian berjalur yang diperbuat dari sutera, serta mengenakan pakaian sutera, sutera tebal dan sutera halus.
HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB :KITAB PAKAIAN DAN PERHIASAN
BAB :  Pengharaman Menggunakan Bekas Air Dari Emas Dan Perak, Kepada Lelaki Dan Wanita Serta Diharamkan Cincin Emas Dan Sutera Untuk Lelaki, Tetapi Dibolehkan Kepada Wanita. Dibolehkan Juga Lelaki Memakai A'lam Iaitu Sutera Yang Dilekatkan Di Baju Selagi Tidak Melebihi Ukurannya Iaitu Empat Jari

Sabtu, April 21, 2012

Haram Menggunakan Bekas Yang Diperbuat Dari Emas Atau Perak Untuk Minuman Dan Sebagainya, Samada Lelaki Ataupun Wanita


  عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الَّذِي يَشْرَبُ فِي آنِيَةِ الْفِضَّةِ إِنَّمَا يُجَرْجِرُ فِي بَطْنِهِ نَارَ جَهَنَّمَ

Hadis Ummu Salamah r.a isteri Nabi s.a.w:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Orang yang minum dengan bekas air yang diperbuat dari perak, sesungguhnya akan dididihkan perutnya dengan api Neraka Jahanam.

HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB :KITAB PAKAIAN DAN PERHIASAN
BAB : Haram Menggunakan Bekas Yang Diperbuat Dari Emas Atau Perak Untuk Minuman Dan Sebagainya, Samada Lelaki Ataupun Wanita

Khamis, April 12, 2012

Dua Golongan Yang Akan Mejadi Penghuni Neraka


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah Salawatu Alai Wasalam. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : KITAB PAKAIAN DAN PERHIASAN
BAB : Perempuan Yang Berpakaian Tetapi Bertelanjang, Berlenggang lenggok Waktu Berjalan