Memaparkan catatan dengan label KITAB JUMAAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KITAB JUMAAT. Papar semua catatan

Jumaat, Jun 15, 2012

Solat Sunat Sesudah Solat Jumaat


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ
أَنَّهُ كَانَ إِذَا صَلَّى الْجُمُعَةَ انْصَرَفَ فَسَجَدَ سَجْدَتَيْنِ فِي بَيْتِهِ ثُمَّ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْنَعُ ذَلِكَ

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a: Sesungguhnya apabila selesai mendirikan sembahyang Jumaat, beliau terus pulang dan mendirikan sembahyang dua rakaat di rumah kemudian dia berkata: Suatu ketika dahulu Rasulullah s.a.w juga berbuat begitu.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : JUMAAT
BAB     : Sembahyang Sesudah Sembahyang Jumaat

Jumaat, Jun 08, 2012

Ayat Yang Dibaca Pada Hari Jumaat


 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ يَقْرَأُ فِي الْفَجْرِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ الم تَنْزِيلُ وَهَلْ أَتَى
Hadis Abu Hurairah r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Ketika sembahyang Subuh pada hari Jumaat biasanya baginda membaca الم تَنْزِيلُ dan هَلْ أَتَى.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : JUMAAT
BAB     :  Ayat Yang Dibaca Pada Hari Jumaat

Jumaat, Mei 25, 2012

Memperkatakan Dua Khutbah Sebelum Sembahyang Dan Duduk Di Antara Dua Khutbah

<
div style="text-align: right;">   عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ قَائِمًا ثُمَّ يَجْلِسُ ثُمَّ يَقُومُ قَالَ كَمَا يَفْعَلُونَ الْيَوْمَ

Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w selalu berkhutbah pada hari Jumaat dengan berdiri, kemudian baginda duduk lalu berdiri lagi sebagaimana dilakukan sekarang ini.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : JUMAAT
BAB     : Memperkatakan Dua Khutbah Sebelum Sembahyang Dan Duduk Di Antara Dua Khutbah

Sembahyang Jumaat Ketika Matahari Mula Gelincir

 عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ
كُنَّا نُصَلِّي مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ نَرْجِعُ فَنُرِيحُ نَوَاضِحَنَا قَالَ حَسَنٌ فَقُلْتُ لِجَعْفَرٍ فِي أَيِّ سَاعَةٍ تِلْكَ قَالَ زَوَالَ الشَّمْسِ

Hadis Salamah bin Al-Akwa' r.a katanya: Biasanya kami berkumpul mendirikan sembahyang Jumaat bersama Rasulullah s.a.w ketika matahari telah tergelincir ke arah barat, kemudian pulang dengan mencari tempat yang teduh.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : JUMAAT
BAB     :  Sembahyang Jumaat Ketika Matahari Mula Gelincir

Hidayat Petunjuk Umat Ini Pada Hari Jumaat

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْنُ الْآخِرُونَ وَنَحْنُ السَّابِقُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بَيْدَ أَنَّ كُلَّ أُمَّةٍ أُوتِيَتْ الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوتِينَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ ثُمَّ هَذَا الْيَوْمُ الَّذِي كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيْنَا هَدَانَا اللَّهُ لَهُ فَالنَّاسُ لَنَا فِيهِ تَبَعٌ الْيَهُودُ غَدًا وَالنَّصَارَى بَعْدَ غَدٍ

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Kita adalah orang-orang yang terakhir dan kita jugalah orang-orang yang mendahului umat manusia pada Hari Kiamat. Setiap umat dikurniakan Kitab sebelum kita. Kemudian kita pula diberi kitab sesudah mereka. Oleh itu, inilah hari yang ditentukan oleh Allah untuk kita. Allah memberi petunjuk kepada kita pada hari tersebut. Umat-umat lain akan mengikuti kita pada hari itu, kaum Yahudi esok dan kaum Nasrani lusa.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : JUMAAT
BAB     : Hidayat Petunjuk Umat Ini Pada Hari Jumaat

Jumaat, Mei 18, 2012

Diam Atau Tidak Bersuara Sewaktu Mendengar Khutbah Jumaat

 عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ أَخْبَرَهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا قُلْتَ لِصَاحِبِكَ أَنْصِتْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَالْإِمَامُ يَخْطُبُ فَقَدْ لَغَوْتَ 

Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Apabila engkau berkata kepada temanmu, diamlah! pada hari Jumaat. Padahal imam sedang berkhutbah, maka kamu benar-benar telah melakukan satu perkara yang sia-sia iaitu lalai.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : JUMAAT
BAB    :  Diam Atau Tidak Bersuara Sewaktu Mendengar Khutbah Jumaat

Khamis, Mei 17, 2012

Kelebihan Datang Awal Ke Masjid Pada Hari Jumaat

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ غُسْلَ الْجَنَابَةِ ثُمَّ رَاحَ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَدَنَةً وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّانِيَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَقَرَةً وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّالِثَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ كَبْشًا أَقْرَنَ وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الرَّابِعَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ دَجَاجَةً وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الْخَامِسَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَيْضَةً فَإِذَا خَرَجَ الْإِمَامُ حَضَرَتْ الْمَلَائِكَةُ يَسْتَمِعُونَ الذِّكْرَ

Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa mandi pada hari Jumaat seperti mandi hadas besar, kemudian berangkat ke masjid, maka seolah-olah dia mengorbankan seekor unta dan sesiapa berangkat pada kesempatan kedua, maka dia seolah-olah telah mengorbankan seekor lembu. Sesiapa berangkat pada kesempatan ketiga, maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor kambing kibas. Sesiapa berangkat pada kesempatan keempat, seolah-olah telah menyembelih seekor ayam dan sesiapa berangkat pada kesempatan kelima, seolah-olah dia memberikan sedekah sebiji telur. Apabila imam iaitu khatib telah keluar, Malaikat-malaikat pun hadir mendengar zikir. Ertinya: mereka tidak lagi mencatatkan sesiapa yang datang ke masjid.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : JUMAAT
BAB     : Memakai Wangian Dan Bersugi Pada Hari Jumaat

Rabu, Mei 09, 2012

Sembahyang Tahiyat Masjid Ketika Lmam Sedang Berkhutbah

  عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ
بَيْنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ إِذْ جَاءَ رَجُلٌ فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَصَلَّيْتَ يَا فُلَانُ قَالَ لَا قَالَ قُمْ فَارْكَعْ

Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya: Ketika Nabi s.a.w sedang berkhutbah pada hari Jumaat, datanglah seorang lelaki. Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: Adakah engkau telah mendirikan sembahyang Tahiyyatulmasjid, Wahai Polan! Orang itu menjawab: Belum! Rasulullah s.a.w bersabda: Bangun dan sembahyanglah!.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : KITAB JUMAAT
BAB    :Sembahyang Tahiyat Masjid Ketika Lmam Sedang Berkhutbah

Isnin, Mei 07, 2012

Tentang Saat Yang Terdapat Pada Hari Jumaat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَكَرَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَقَالَ فِيهِ سَاعَةٌ لَا يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ وَهُوَ يُصَلِّي يَسْأَلُ اللَّهَ شَيْئًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ

Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : JUMAAT
BAB     : Tentang Saat Yang Terdapat Pada Hari Jumaat