Isnin, Oktober 26, 2009

Tidak Ada Istilah Berjangkit dan Tidak Ada Tanda Sial


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ حِينَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا عَدْوَى وَلَا صَفَرَ وَلَا هَامَةَ فَقَالَ أَعْرَابِيٌّ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَمَا بَالُ الْإِبِلِ تَكُونُ فِي الرَّمْلِ كَأَنَّهَا الظِّبَاءُ فَيَجِيءُ الْبَعِيرُ الْأَجْرَبُ فَيَدْخُلُ فِيهَا فَيُجْرِبُهَا كُلَّهَا قَالَ فَمَنْ أَعْدَى الْأَوَّلَ

Abu Huraira reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: There is no infection, no safar, no hama. A desert Arab said: Allah's Messenger, how is it that when the camel is in the sand it is like a deer-then a camel afflicted with scab mixes with it and it is affected by sub? He (the Holy Prophet) said: Who infected the first one?

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak ada penyakit yang berjangkit, tidak ada larangan atau pantang pada bulan Safar dan tidak ada kecelakaan yang ditandai oleh suara burung malam. Kemudian seorang desa bertanya: Ya Rasulullah! Bagaimana dengan unta yang berada di padang, yang bergerak bebas bersih laksana kijang, kemudian didatangi oleh unta berkudis dan setelah bergaul, maka kesemua unta tersebut berkudis? Rasulullah s.a.w bersabda: Siapakah yang menjangkitkan kudis kepada unta yang pertama?.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : SALAM
BAB : Tidak Ada Istilah Berjangkit, Tidak Ada Tanda tanda Sial, Tidak Ada Kecelakaan Yang Ditandai Oleh Burung Malam, Tidak Ada Larangan Atau Pantang Pada Bulan Safar, Tidak Benar Ada Bintang Tertentu Yang Boleh Menurunkan Hujan


2 ulasan:

pakcik berkata...

Salam,
Bagi saya hadis di atas perlukan penjelasan lanjut.perlu memahami hukum sebab-akibat dan sunnatullah.dari segi akidahnya, memanglah kita perlu percaya segala-galanya adalah iradah dan qudrah Allah semata-mata.malahan dalam satu hadis lain, dinyatakan tidak bergerak suatu zarah pun melainkan dengan kuasa Allah.
secara ringkas saya katakan begini,
'kita kenyang kerana kita makan'.itu adalah hukum sebab akibat dan sunnatullah yang semua orang boleh terima.dalam contoh diatas, kenyang adalah akibat dan makan adalah sebab (asbab), tapi pada hakikatnya, yang mengenyangkan kita bukan makanan tetapi Allah S.W.T.
Begitu juga dalam hal penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria/virus yang mematuhi hukum sebab-akibat. ie penyakit berjangkit adalah disebabkan bakteria/virus (yang secara sunnatullah boleh menjangkiti orang lain) tetapi hanyalah dengan qudrah dan iradah Allah semata-mata.

pandangan ini sekadar mengingatkan kita sebagai umat Islam supaya ikut serta mencegah penyakit spt H1N1 dari merebak, bukan hanya sekadar bertaklid buta.

terima kasih & wassalam

masshah berkata...

Asalam Ustaz,kalau dulu2 semasa kecil saya ingat lagi,tiap bulan safar orang2 kampung ada yang pergi ke morib atau port dickson,konon mandi safar tolak bala,tapi tu dulu kefahaman islam tidak dipraktikan betul,tapi kini setelah di beri faham hasil dakwah pendakwah2 ,masyarakat telah faham dan tidak melakukan khurafat ini.