عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ الْكُهَّانَ كَانُوا يُحَدِّثُونَنَا بِالشَّيْءِ فَنَجِدُهُ حَقًّا قَالَ تِلْكَ الْكَلِمَةُ الْحَقُّ يَخْطَفُهَا الْجِنِّيُّ فَيَقْذِفُهَا فِي أُذُنِ وَلِيِّهِ وَيَزِيدُ فِيهَا مِائَةَ كَذْبَةٍ
Hadis Aisyah r.a katanya:قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ الْكُهَّانَ كَانُوا يُحَدِّثُونَنَا بِالشَّيْءِ فَنَجِدُهُ حَقًّا قَالَ تِلْكَ الْكَلِمَةُ الْحَقُّ يَخْطَفُهَا الْجِنِّيُّ فَيَقْذِفُهَا فِي أُذُنِ وَلِيِّهِ وَيَزِيدُ فِيهَا مِائَةَ كَذْبَةٍ
'A'isha reported: I said: Allah's Messenger, the kahins used to tell us about things (unseen) and we found them to be true. Thereupon he said: That is a word pertaining to truth which a jinn snatches and throws into the ear of his friend, and makes an addition of one hundred lies to it.
Aku pernah bertanya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya beberapa orang dukun pernah menceritakan sesuatu kepada kami dan kami rasa apa yang mereka ceritakan itu benar. Rasulullah s.a.w bersabda: Kalimat yang benar itu memang sengaja diambil dengan cepat oleh jin lalu dilemparkan ke telinga walinya, tetapi di dalamnya sudah ditokok tambah dengan seratus pendustaan.
HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : SALAM
BAB : Haram Mempelajari Dukun Dan Menemui Dukun
5 ulasan:
terima kasih kerana mewujudkan blog yg amat berguna ini.
syukur alhamdulillah.
hadith jumpa dukun ni mmg sy tgh cari. :-)
ustaz, mahu tanya...
dukun y dimaksudkan adalah bomoh kan?tapi kalau kita berjumpa untuk mendapatkan penawar bagi penyakit bgmana?
harap ustaz dpt menjawab, dan menerangkan lebih terperinci
-simusafir-
To SiMusafir
Hukum mendatangi bomoh,mempercayai bomoh dan berubat dengan bomoh yang menggunakan perantaraan makhluk harus,atau mendakwa mengetahui perkara2 ghaib adalah HARAM dan Amal ibadahnya tidak diterima Allah,serta boleh membawa kepada kekufuran.
عَنْ صَفِيَّةَ عَنْ بَعْضِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
Hadis Dari Sofiyyah Isteri Rasulullah: SABDA RASULULLAH SAW:
"Sesiapa yang berjumpa dengan bomoh/nujum dan bertanya sesuatu yang gaib,lalu percaya dgn kata2 mereka maka tidak diterima solatnya selama 40 hari"
(Hr Muslim)
Sabda Nabi saw lagi:
"Sesiapa yang berjumpa dgn bomoh atau tok nujum, lalu bertanya pada bomoh tentang sesuatu dan lelaki itu mempercayai apa yang bomoh beritau tentang perkara-perkara ghaib maka dia telah kufur dgn ajaran Nabi Muhammad s.a.w." (Hr Bazzar-Jaid)
Dr Yusuf Qardawi berkata:
"Sesiapa yang mendakwa mengetahui perkara yang gaib maka dia telah
berbohong kepada Allah, kepada kebenaran dan kepada manusia."
Adapun bomoh yang tidak mendakwa mengetahui perkara gaib dan merawat hanya dgn bacaan ayat quran dan sunnah(pengamal perubatan islam) maka ia dibenarkan.
Sila Rujuk : Al-Halal wal haram fil Islam oleh DR Yusuf al-Qardawi.
terima ksh bnyk2...
-simusafir-
salams ustaz
macamana pula dengan kes yang menggunakan khidmat JIN ISLAM itu ustaz? Adakah ia boleh disamakan dengan taraf dukun?
Contohnya dalam peristiwa mengeluarkan GANGGUAN MAKHLUK HALUS dalam tubuh seseorang semasa dia dilanda HYSTERIA..Bolehkah ustaz explain secara detail mengenai hal ini?
syukran jazillan ya ustaz
Catat Ulasan