Memaparkan catatan dengan label KITAB ILMU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KITAB ILMU. Papar semua catatan

Isnin, Jun 18, 2012

Pada Akhir Zaman Ilmu Islam Akan Dihapuskan Dan Diambil Oleh Allah S.w.t Lalu Timbullah Kejahilan Dan Berbagai Fitnah


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ
قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ وَيَثْبُتَ الْجَهْلُ وَيُشْرَبَ الْخَمْرُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا

Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Di antara tanda-tanda hampir Kiamat ialah terhapusnya ilmu Islam, munculnya kejahilan, ramainya peminum arak dan perzinaan dilakukan secara terang-terangan.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : ILMU
BAB     : Pada Akhir Zaman Ilmu Islam Akan Dihapuskan Dan Diambil Oleh Allah S.w.t Lalu Timbullah Kejahilan Dan Berbagai Fitnah

Rabu, Mei 16, 2012

Larangan Berselisih Pendapat Mengenai Ayat Al Quran

 عَنْ جُنْدَبِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْبَجَلِيِّ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اقْرَءُوا الْقُرْآنَ مَا ائْتَلَفَتْ عَلَيْهِ قُلُوبُكُمْ فَإِذَا اخْتَلَفْتُمْ فِيهِ فَقُومُوا

Hadis Jundab bin Abdullah Al-Bajali r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Bacalah Al-Quran selama mana hati kamu tetap padanya. Apabila kamu berselisih pendapat maka tegakkanlah kebenaran. 

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : ILMU
BAB     :  Larangan Mengikuti Ayat Ayat Al Quran Yang Masih Kesamaran (ayat Mutasyabihat) Maknanya. Peringatan Kepada Orang Orang Yang Mengikuti Ayat Tersebut. Larangan Berselisih Pendapat Mengenai Ayat Al Quran

Ahad, Mei 13, 2012

Mengikuti Sunnah Orang Orang Yahudi Dan Nasrani

 عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لَاتَّبَعْتُمُوهُمْ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَنْ

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu telah mengikuti sunnah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggakan mereka masuk ke dalam lubang biawak kamu tetap mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani? Baginda bersabda: Kalau bukan mereka,
siapa lagi?

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : ILMU
BAB    : Mengikuti Sunnah Orang Orang Yahudi Dan Nasrani

Jumaat, Mei 15, 2009

رَفْع الْعِلْمِ وَقَبْضِهِ وَظُهُورِ الْجَهْلِ وَالْفِتَنِ فِي آخِرِ الزَّمَانِ


حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ سَمِعْتَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ النَّاسِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يَتْرُكْ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا

Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a katanya:
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t tidak mengambil ilmu Islam itu dengan cara mencabutnya dari manusia. Sebaliknya Allah s.w.t mengambilnya dengan mengambil para ulama sehingga tidak tertinggal walaupun seorang. Manusia melantik orang jahil menjadi pemimpin, menyebabkan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa tanpa berdasarkan kepada ilmu pengetahuan. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan orang lain pula.

(HADIS RIWAYAT MUSLIM)
-Bab Pada Akhir Zaman Ilmu Islam Akan Dihapuskan Dan Diambil Oleh Allah s.w.t Lalu Timbullah Kejahilan Dan Berbagai Fitnah