Memaparkan catatan dengan label KITAB JIHAD DAN STRATEGINYA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KITAB JIHAD DAN STRATEGINYA. Papar semua catatan

Isnin, Jun 04, 2012

Harus Menebang Dan Membakar Pokok Pokok Milik Orang Kafir Harbi

 عَنْ عَبْدِ اللَّهِ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَرَّقَ نَخْلَ بَنِي النَّضِيرِ وَقَطَعَ وَهِيَ الْبُوَيْرَةُ زَادَ قُتَيْبَةُ وَابْنُ رُمْحٍ فِي حَدِيثِهِمَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ
 { مَا قَطَعْتُمْ مِنْ لِينَةٍ أَوْ تَرَكْتُمُوهَا قَائِمَةً عَلَى أُصُولِهَا فَبِإِذْنِ اللَّهِ وَلِيُخْزِيَ الْفَاسِقِينَ }

Hadis Abdullah bin Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah membakar dan menebang pokok tamar milik Bani Nadhir yang berada di Buwairah. Di dalam Hadis Qutaibah dan Ibnu Rumh ada tambahan: Kemudian Allah s.w.t menurunkan ayat: مَا قَطَعْتُمْ مِنْ لِيْنَةٍ أَوْ تَرَكْتُمُوهَا قَائِمَةً عَلَى أُصُولِهَا فَبِإِذْنِ اللَّهِ وَلِيُخْزِيَ الْفَاسِقِيْنَ Yang bermaksud: Apa saja yang kamu tebang dari pohon milik orang-orang kafir atau yang kamu biarkan ia tumbuh berdiri di atas pokoknya, maka semua itu adalah dengan izin Allah kerana Dia mahu memberikan kehinaan kepada orang-orang fasiq.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB :JIHAD DAN STRATEGINYA,
BAB    :Harus Menebang Dan Membakar Pokok Pokok Milik Orang Kafir

Ahad, Mei 13, 2012

Haram Hukumnya Membunuh Wanita Dan Kanak Kanak Dalam Peperangan

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ
أَنَّ امْرَأَةً وُجِدَتْ فِي بَعْضِ مَغَازِي رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَقْتُولَةً فَأَنْكَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَتْلَ النِّسَاءِ وَالصِّبْيَانِ
Hadis Abdullah bin Umar r.a: Sesungguhnya pernah terdapat seorang wanita terbunuh dalam satu peperangan yang diikuti oleh Rasulullah s.a.w. Lalu Rasulullah s.a.w melarang daripada membunuh wanita dan kanak-kanak.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : KITAB JIHAD DAN STRATEGINYA
BAB    : Haram Hukumnya Membunuh Wanita Dan Kanak Kanak Dalam Peperangan

Selasa, Mei 01, 2012

Makruh Meminta Untuk Bertemu Dengan Musuh Dan Perintah Supaya Bersabar Ketika Bertemu Dengannya

  عَنْ أَبِي النَّضْرِ
عَنْ كِتَابِ رَجُلٍ مِنْ أَسْلَمَ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَالُ لَهُ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي أَوْفَى فَكَتَبَ إِلَى عُمَرَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ حِينَ سَارَ إِلَى الْحَرُورِيَّةِ يُخْبِرُهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ فِي بَعْضِ أَيَّامِهِ الَّتِي لَقِيَ فِيهَا الْعَدُوَّ يَنْتَظِرُ حَتَّى إِذَا مَالَتْ الشَّمْسُ قَامَ فِيهِمْ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ لَا تَتَمَنَّوْا لِقَاءَ الْعَدُوِّ وَاسْأَلُوا اللَّهَ الْعَافِيَةَ فَإِذَا لَقِيتُمُوهُمْ فَاصْبِرُوا وَاعْلَمُوا أَنَّ الْجَنَّةَ تَحْتَ ظِلَالِ السُّيُوفِ ثُمَّ قَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ اللَّهُمَّ مُنْزِلَ الْكِتَابِ وَمُجْرِيَ السَّحَابِ وَهَازِمَ الْأَحْزَابِ اهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ

Hadis Abdullah bin Abi Aufa r.a: Diriwayatkan daripada Abu An-Nadhri tentang surat seorang lelaki yang berasal dari Aslam dari kalangan para sahabat Nabi s.a.w. Lelaki tersebut bergelah Abdullah bin Abi Aufa. Kemudian dia mengutuskan surat kepada Umar bin Ubaidillah ketika dia berangkat pergi kepada kaum Harurriyah (salah satu golongan Khawarij) yang menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w ketika bertemu dengan musuh, baginda akan menunggu sehingga matahari condong ke arah barat. Kemudian baginda bangkit lalu bersabda: Wahai sekalian manusia! Janganlah kamu mengharapkan untuk bertemu dengan musuh dan pohonlah kesejahteraan kepada Allah. Apabila kamu bertemu dengan mereka, maka bersabarlah dan ketahuilah kamu, sesungguhnya Syurga itu berada di bawah libasan pedang kamu. Selanjutnya Nabi s.a.w bangkit dan berdoa: Ya Allah! Engkaulah Yang menurunkan kitab dan Yang menggerakkan awan dan Yang mengalahkan pasukan yang bersekutu, hancurkanlah mereka dan berikanlah kemenangan kepada kami.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : JIHAD DAN STRATEGINYA
BAB : Makruh Meminta Untuk Bertemu Dengan Musuh Dan Perintah Supaya Bersabar Ketika Bertemu Dengannya 

Isnin, April 30, 2012

Makruh Mengharapkan Untuk Bertemu Dengan Musuh

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَمَنَّوْا لِقَاءَ الْعَدُوِّ فَإِذَا لَقِيتُمُوهُمْ فَاصْبِرُوا

Janganlah kamu mengharapkan untuk bertemu dengan musuh.Apabila kamu bertemu dengan mereka, maka bersabarlah.
HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : JIHAD DAN STRATEGINYA
BAB :  Makruh Meminta Untuk Bertemu Dengan Musuh Dan Perintah Supaya Bersabar Ketika Bertemu Dengannya
Carian

Ahad, April 29, 2012

Harus Menipu Dalam Peperangan

  عَن جَابِرًا يَقُولُ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَرْبُ خَدْعَةٌ
Hadis Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Peperangan itu adalah tipu daya.
HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : JIHAD DAN STRATEGINYA
 BAB : Harus Menipu Dalam Peperangan

Sabtu, April 28, 2012

Haram Melakukan Perbuatan Khianat

  عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا جَمَعَ اللَّهُ الْأَوَّلِينَ وَالْآخِرِينَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرْفَعُ لِكُلِّ غَادِرٍ لِوَاءٌ فَقِيلَ هَذِهِ غَدْرَةُ فُلَانِ بْنِ فُلَانٍ

Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Ketika Allah mengumpulkan orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian pada Hari Kiamat kelak, maka setiap orang yang melakukan pengkhianatan akan diberikan tanda sebuah bendera yang bertulis: Ini adalah bukti tanda pengkhiatannya kepada Polan bin Polan.
HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : JIHAD DAN STRATEGINYA
 BAB :   Haram Melakukan Perbuatan Khianat

Jumaat, April 27, 2012

Perintah Permudahkan Dan Jangan Menakut Nakutkan

عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا بَعَثَ أَحَدًا مِنْ أَصْحَابِهِ فِي بَعْضِ أَمْرِهِ قَالَ بَشِّرُوا وَلَا تُنَفِّرُوا وَيَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا

Hadis Abu Musa r.a katanya: Ketika Rasulullah s.a.w memerintahkan seorang sahabat untuk melaksanakan salah satu perintahnya, dengan bersabda: Sampaikanlah khabar gembira dan jangan menakut-nakutkan. Permudahkanlah dan jangan memayahkan.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : JIHAD DAN STRATEGINYA
 BAB :   Perintah Permudahkan Dan Jangan Menakut Nakutkan

Harus Menyerang Orang Orang Kafir Yang Pernah Diseru Untuk Memeluk Islam Tanpa Memberitahunya Terlebih Dahulu

 عَنْ ابْنِ عَوْنٍ قَالَ كَتَبْتُ إِلَى نَافِعٍ أَسْأَلُهُ عَنْ الدُّعَاءِ قَبْلَ الْقِتَالِ قَالَ
فَكَتَبَ إِلَيَّ إِنَّمَا كَانَ ذَلِكَ فِي أَوَّلِ الْإِسْلَامِ قَدْ أَغَارَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى بَنِي الْمُصْطَلِقِ وَهُمْ غَارُّونَ وَأَنْعَامُهُمْ تُسْقَى عَلَى الْمَاءِ فَقَتَلَ مُقَاتِلَتَهُمْ وَسَبَى سَبْيَهُمْ وَأَصَابَ يَوْمَئِذٍ قَالَ يَحْيَى أَحْسِبُهُ قَالَ جُوَيْرِيَةَ أَوْ قَالَ الْبَتَّةَ ابْنَةَ الْحَارِثِ وَحَدَّثَنِي هَذَا الْحَدِيثَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ وَكَانَ فِي ذَاكَ الْجَيْشِ

Hadis Abdullah bin Umar r.a: Rasulullah s.a.w pernah menyerang Bani Mustalik. Sedangkan mereka tidak bersedia untuk menghadapi serangan dari Rasulullah s.a.w, di mana ternakan mereka sedang meminum air di sebuah mata air. Baginda telah membunuh tentera-tentera mereka dan menawan tawanan mereka. Pada hari itu Juwairiyah telah tercedera dan Abdullah bin Umar adalah salah seorang dari tentera Islam dalam peperangan tersebut.
HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : JIHAD DAN STRATEGINYA
 BAB :  Harus Menyerang Orang Orang Kafir Yang Pernah Diseru Untuk Memeluk Islam Tanpa Memberitahunya Terlebih Dahulu

Rabu, April 25, 2012

Jumlah Peperangan Yang Disertai Oleh Nabi S.a.w

 عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ
غَزَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تِسْعَ عَشْرَةَ غَزْوَةً قَاتَلَ فِي ثَمَانٍ مِنْهُنَّ

Hadis Buraidah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah menyertai peperangan sebanyak sembilan belas kali dan baginda turut bertempur sebanyak lapan kali.
HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : JIHAD DAN STRATEGINYA
 BAB :  Jumlah Peperangan Yang Disertai Oleh Nabi S.a.w

Sabtu, Mac 28, 2009

Terbunuhnya Kaab Bin Al Asyraf Dari Kalangan Yahudi Yang Melampau


عَنْ عَمْرٍو سَمِعْتُ جَابِرًا يَقُولُا
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ لِكَعْبِ بْنِ الْأَشْرَفِ فَإِنَّهُ قَدْ آذَى اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَالَ مُحَمَّدُ بْنُ مَسْلَمَةَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَتُحِبُّ أَنْ أَقْتُلَهُ قَالَ نَعَمْ قَالَ ائْذَنْ لِي فَلْأَقُلْ قَالَ قُلْ فَأَتَاهُ فَقَالَ لَهُ وَذَكَرَ مَا بَيْنَهُمَا وَقَالَ إِنَّ هَذَا الرَّجُلَ قَدْ أَرَادَ صَدَقَةً وَقَدْ عَنَّانَا فَلَمَّا سَمِعَهُ قَالَ وَأَيْضًا وَاللَّهِ لَتَمَلُّنَّهُ قَالَ إِنَّا قَدْ اتَّبَعْنَاهُ الْآنَ وَنَكْرَهُ أَنْ نَدَعَهُ حَتَّى نَنْظُرَ إِلَى أَيِّ شَيْءٍ يَصِيرُ أَمْرُهُ قَالَ وَقَدْ أَرَدْتُ أَنْ تُسْلِفَنِي سَلَفًا قَالَ فَمَا تَرْهَنُنِي قَالَ مَا تُرِيدُ قَالَ تَرْهَنُنِي نِسَاءَكُمْ قَالَ أَنْتَ أَجْمَلُ الْعَرَبِ أَنَرْهَنُكَ نِسَاءَنَا قَالَ لَهُ تَرْهَنُونِي أَوْلَادَكُمْ قَالَ يُسَبُّ ابْنُ أَحَدِنَا فَيُقَالُ رُهِنَ فِي وَسْقَيْنِ مِنْ تَمْرٍ وَلَكِنْ نَرْهَنُكَ اللَّأْمَةَ يَعْنِي السِّلَاحَ قَالَ فَنَعَمْ وَوَاعَدَهُ أَنْ يَأْتِيَهُ بِالْحَارِثِ وَأَبِي عَبْسِ بْنِ جَبْرٍ وَعَبَّادِ بْنِ بِشْرٍ قَالَ فَجَاءُوا فَدَعَوْهُ لَيْلًا فَنَزَلَ إِلَيْهِمْ قَالَ سُفْيَانُ قَالَ غَيْرُ عَمْرٍو قَالَتْ لَهُ امْرَأَتُهُ إِنِّي لَأَسْمَعُ صَوْتًا كَأَنَّهُ صَوْتُ دَمٍ قَالَ إِنَّمَا هَذَا مُحَمَّدُ بْنُ مَسْلَمَةَ وَرَضِيعُهُ وَأَبُو نَائِلَةَ إِنَّ الْكَرِيمَ لَوْ دُعِيَ إِلَى طَعْنَةٍ لَيْلًا لَأَجَابَ قَالَ مُحَمَّدٌ إِنِّي إِذَا جَاءَ فَسَوْفَ أَمُدُّ يَدِي إِلَى رَأْسِهِ فَإِذَا اسْتَمْكَنْتُ مِنْهُ فَدُونَكُمْ قَالَ فَلَمَّا نَزَلَ نَزَلَ وَهُوَ مُتَوَشِّحٌ فَقَالُوا نَجِدُ مِنْكَ رِيحَ الطِّيبِ قَالَ نَعَمْ تَحْتِي فُلَانَةُ هِيَ أَعْطَرُ نِسَاءِ الْعَرَبِ قَالَ فَتَأْذَنُ لِي أَنْ أَشُمَّ مِنْهُ قَالَ نَعَمْ فَشُمَّ فَتَنَاوَلَ فَشَمَّ ثُمَّ قَالَ أَتَأْذَنُ لِي أَنْ أَعُودَ قَالَ فَاسْتَمْكَنَ مِنْ رَأْسِهِ ثُمَّ قَالَ دُونَكُمْ قَالَ فَقَتَلُوهُ

Hadis Jabir r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabatnya: Siapakah yang bersedia untuk membunuh Kaab bin Al-Asyraf? Kerana dia telah menghina Allah dan Rasul-Nya. Maka Muhammad bin Maslamah menjawab: Wahai Rasulullah! Adakah kamu setuju jika aku membunuhnya? Baginda menjawab: Ya! Kemudian beliau (Muhammad bin Maslamah) berkata: Izinkanlah aku terlebih dahulu untuk memberitahu sesuatu kepada mu. Baginda pun menjawab: Katakanlah! Maka beliaupun mendekati baginda dan membincangkan sesuatu. Kemudian baginda bersabda: Sesungguhnya Kaab pernah berhasrat mengeluarkan sedekah, akan tetapi dia menyusahkan kami. Setelah mendengar kata-kata baginda beliau begitu marah sekali. Lalu beliau berjanji akan membalas perbuatannya itu. Kebetulan pada masa itu beliau begitu akrab dengan Kaab. Satu hari beliau menemui Kaab dan berkata: Aku ingin kamu memberikan kepadaku suatu bentuk pinjaman. Lalu Kaab bertanya: Jadi apa yang akan kamu gadaikan kepadaku? Beliau menjawab: Apa yang kamu inginkan? Kaab menjawab: Aku ingin kamu gadaikan kepadaku perempuan-perempuan mu itu. Kemudian beliau menjawab: Kamu adalah bangsawan Arab, jadi adakah patut aku menggadaikan perempuan-perempuanku kepada kamu? Lalu Kaab berkata kepada beliau: Kalau begitu, kamu gadaikanlah anak-anakmu kepadaku. Maka beliau berkata: Aku tidak mungkin menggadaikannya kepadamu, sekiranya aku menggadaikannya kepadamu kami pula akan dicela kerana seolah-olah menggadai dua wasak (satu wasak bersamaan dengan enam puluh gantang) tamar sahaja. Oleh itu aku gadaikan senjataku kepadamu. Lalu Kaab berkata: Baiklah aku setuju. Lalu beliau berjanji kepada Kaab bahawa beliau akan datang menemuinya dengan ditemani oleh Al-Harith, Abu Abbas bin Jabir dan Abbad bin Bisyri. Setelah itu mereka berempat pergi menemui Kaab pada waktu malam, lalu Kaab turun menemui mereka. Mengikut kata Sufian, pada pendapat lain mengikut kata Amru bahawa isteri Kaab telah berkata kepada suaminya itu: Sesungguhnya aku seperti mendengar suara orang yang ingin menumpahkan darah. Setelah mendengar kata-kata isterinya itu, lalu Kaab berkata: Tidak! Mereka hanyalah Muhammad bin Maslamah bersama saudara susuannya dan ditemani Abu Nailah. Sebagai memuliakan tetamu, aku harus menemani mereka walaupun pada waktu malam begini. Ketika Kaab masih di rumahnya itulah Muhammad menggunakan kesempatan tersebut untuk mengatur rancangan seterusnya. Sejurus kemudian Kaab pun keluar, setelah dia ditanya oleh mereka: Aku seperti mencium bau harum pada dirimu. Kaab menjawab: Memang! Kerana isteriku seorang perempuan Arab yang suka bersolek. Setelah itu Muhammad bin Maslamah berkata kepada Kaab: Izinkan aku mencium bau harum pada dirimu. Kaab berkata: Silakan! Maka beliaupun menciumnya, kemudian beliau meminta untuk menciumnya sekali lagi dengan berkata: Kalau boleh aku ingin menciumnya sekali lagi. Lalu dia menghulurkan kepalanya kepada beliau, ketika itulah beliau mengarahkan kawan-kawannya agar membunuh Kaab, maka merekapun membunuhnya.

-HADIS RIWAYAT MUSLIM-
KITAB JIHAD DAN STRATEGINYA
Bab Terbunuhnya Kaab Bin Al Asyraf Dari Kalangan Yahudi Yang Melampau

Selasa, Mac 24, 2009

KEJAHATAN YANG DILAKUKAN OLEH MUSYRIKIN DAN MUNAFIQIN TERHADAP RASULULLAH


أَنَّ عَائِشَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدَّثَتْهُ
أَنَّهَا قَالَتْ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ هَلْ أَتَى عَلَيْكَ يَوْمٌ كَانَ أَشَدَّ مِنْ يَوْمِ أُحُدٍ فَقَالَ لَقَدْ لَقِيتُ مِنْ قَوْمِكِ وَكَانَ أَشَدَّ مَا لَقِيتُ مِنْهُمْ يَوْمَ الْعَقَبَةِ إِذْ عَرَضْتُ نَفْسِي عَلَى ابْنِ عَبْدِ يَالِيلَ بْنِ عَبْدِ كُلَالٍ فَلَمْ يُجِبْنِي إِلَى مَا أَرَدْتُ فَانْطَلَقْتُ وَأَنَا مَهْمُومٌ عَلَى وَجْهِي فَلَمْ أَسْتَفِقْ إِلَّا بِقَرْنِ الثَّعَالِبِ فَرَفَعْتُ رَأْسِي فَإِذَا أَنَا بِسَحَابَةٍ قَدْ أَظَلَّتْنِي فَنَظَرْتُ فَإِذَا فِيهَا جِبْرِيلُ فَنَادَانِي فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ قَدْ سَمِعَ قَوْلَ قَوْمِكَ لَكَ وَمَا رُدُّوا عَلَيْكَ وَقَدْ بَعَثَ إِلَيْكَ مَلَكَ الْجِبَالِ لِتَأْمُرَهُ بِمَا شِئْتَ فِيهِمْ قَالَ فَنَادَانِي مَلَكُ الْجِبَالِ وَسَلَّمَ عَلَيَّ ثُمَّ قَالَ يَا مُحَمَّدُ إِنَّ اللَّهَ قَدْ سَمِعَ قَوْلَ قَوْمِكَ لَكَ وَأَنَا مَلَكُ الْجِبَالِ وَقَدْ بَعَثَنِي رَبُّكَ إِلَيْكَ لِتَأْمُرَنِي بِأَمْرِكَ فَمَا شِئْتَ إِنْ شِئْتَ أَنْ أُطْبِقَ عَلَيْهِمْ الْأَخْشَبَيْنِ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَلْ أَرْجُو أَنْ يُخْرِجَ اللَّهُ مِنْ أَصْلَابِهِمْ مَنْ يَعْبُدُ اللَّهَ وَحْدَهُ لَا يُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا

-رواه مسلم-(كتاب الجهاد والسير)
بَاب مَا لَقِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ أَذَى الْمُشْرِكِينَ وَالْمُنَافِقِينَ



Hadis Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w:
Sesungguhnya beliau pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah! Adakah kamu pernah mengalami suatu hari yang lebih berat daripada hari peperangan Uhud? Rasulullah s.a.w menjawab: Ya! Waktu itu aku bertemu dengan kaummu (Quraisy), tetapi yang paling berat lagi ialah ketika aku berada pada hari Aqabah. Aku menyeru Ibnu Abdul Yalil bin Abdul Kulal untuk mengikuti aku (agama Islam). Namun beliau enggan memenuhi ajakan tersebut. Aku seterusnya pergi meninggalkan tempat itu tanpa tahu arah mana yang harus aku tuju. Aku tidak tahu ke mana langkahku, tetapi yang jelasnya aku telah sampai di daerah Qarnu Tha'alib. Aku mengangkat kepalaku ke langit, maka pada saat itulah aku melihat sekumpul awan telah menaungiku. Setelah aku perhatikan dengan lebih cermat, ternyata di dalam awan tersebut ada Jibril yang memanggil-manggilku dengan berkata: Sesungguhnya Allah telah mendengar ucapan kaummu dan jawapan mereka terhadapmu. Allah telah mengutuskan Malaikat penunggu gunung untukmu dan kamu hanya menyuruhnya untuk melakukan apa yang kamu inginkan terhadap mereka. Tidak lama kemudian datanglah Malaikat penunggu gunung yang memanggil-manggilku. Setelah memberi salam kepadaku, dia berkata: Wahai Muhammad! Sesungguhnya Allah sudah mendengar jawapan kaummu kepadamu. Aku adalah malaikat penunggu gunung. Aku telah diutuskan oleh tuhanmu untuk melaksanakan apakah yang kamu perintahkan kepadaku atau apa yang kamu inginkan? Jika kamu inginkan supaya mereka dihimpit oleh kedua gunung di Mekah itu pun, nescaya dengan segera aku akan laksanakannya. Rasulullah s.a.w bersabda kepada Malaikat penunggu gunung tersebut: Tidak! Sebaliknya aku mengharapkan agar Allah mengeluarkan keturunan mereka supaya beribadat kepada Allah dan tidak akan menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun.


-(Hadis Riwayat MUSLIM)
-KITAB JIHAD DAN STRATEGINYA
- Bab Kejahatan Yang Dilakukan Oleh Kaum Musyrikin Dan Kaum Munafikin Terhadap Nabi.

عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ:
بَيْنَمَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي عِنْدَ الْبَيْتِ وَأَبُو جَهْلٍ وَأَصْحَابٌ لَهُ جُلُوسٌ وَقَدْ نُحِرَتْ جَزُورٌ بِالْأَمْسِ فَقَالَ أَبُو جَهْلٍ أَيُّكُمْ يَقُومُ إِلَى سَلَا جَزُورِ بَنِي فُلَانٍ فَيَأْخُذُهُ فَيَضَعُهُ فِي كَتِفَيْ مُحَمَّدٍ إِذَا سَجَدَ فَانْبَعَثَ أَشْقَى الْقَوْمِ فَأَخَذَهُ فَلَمَّا سَجَدَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَضَعَهُ بَيْنَ كَتِفَيْهِ قَالَ فَاسْتَضْحَكُوا وَجَعَلَ بَعْضُهُمْ يَمِيلُ عَلَى بَعْضٍ وَأَنَا قَائِمٌ أَنْظُرُ لَوْ كَانَتْ لِي مَنَعَةٌ طَرَحْتُهُ عَنْ ظَهْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَاجِدٌ مَا يَرْفَعُ رَأْسَهُ حَتَّى انْطَلَقَ إِنْسَانٌ فَأَخْبَرَ فَاطِمَةَ فَجَاءَتْ وَهِيَ جُوَيْرِيَةٌ فَطَرَحَتْهُ عَنْهُ ثُمَّ أَقْبَلَتْ عَلَيْهِمْ تَشْتِمُهُمْ فَلَمَّا قَضَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاتَهُ رَفَعَ صَوْتَهُ ثُمَّ دَعَا عَلَيْهِمْ وَكَانَ إِذَا دَعَا دَعَا ثَلَاثًا وَإِذَا سَأَلَ سَأَلَ ثَلَاثًا ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِقُرَيْشٍ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ فَلَمَّا سَمِعُوا صَوْتَهُ ذَهَبَ عَنْهُمْ الضِّحْكُ وَخَافُوا دَعْوَتَهُ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَبِي جَهْلِ بْنِ هِشَامٍ وَعُتْبَةَ بْنِ رَبِيعَةَ وَشَيْبَةَ بْنِ رَبِيعَةَ وَالْوَلِيدِ بْنِ عُقْبَةَ وَأُمَيَّةَ بْنِ خَلَفٍ وَعُقْبَةَ بْنِ أَبِي مُعَيْطٍ وَذَكَرَ السَّابِعَ وَلَمْ أَحْفَظْهُ فَوَالَّذِي بَعَثَ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْحَقِّ لَقَدْ رَأَيْتُ الَّذِينَ سَمَّى صَرْعَى يَوْمَ بَدْرٍ ثُمَّ سُحِبُوا إِلَى الْقَلِيبِ قَلِيبِ بَدْرٍ

-رواه مسلم-(كتاب الجهاد والسير)
بَاب مَا لَقِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ أَذَى الْمُشْرِكِينَ وَالْمُنَافِقِينَ

Hadis Ibnu Mas'ud r.a katanya:
Suatu ketika Rasulullah s.a.w sedang sembahyang berhampiran dengan Kaabah. Sementara itu Abu Jahal dan para sahabatnya duduk di persekitarannya kerana sehari sebelumnya mereka beramai-ramai menyembelih seekor unta, lalu Abu Jahal berkata: Siapakah di antara kamu yang berani mengambil ari-ari unta dari Bani Polan dan meletakkannya ke atas kedua bahu Muhammad apabila dia (baginda) sedang sujud. Seorang daripada mereka tiba-tiba berdiri dan mengambil ari-ari lalu meletakkannya ke atas bahu baginda. Mereka semua ketawa sehingga riuh rendah. Sementara itu aku hanya mampu berdiri dan melihat gelagat tersebut. Seandainya aku mempunyai kekuatan, nescaya aku akan buangkan benda itu dari belakang Rasulullah s.a.w semasa baginda sedang sujud yang amat lama. Baginda tidak mengangkat kepalanya sehingga salah seorang melaporkan perkara tersebut kepada Fatimah yang waktu itu sudah menjadi seorang gadis. Tidak lama kemudian datanglah Fatimah lalu membuang ari-ari tersebut dari tubuh Rasulullah s.a.w, kemudian Fatimah memalingkan mukanya ke arah orang-orang kafir Quraisy tersebut seraya mencaci-maki mereka. Setelah Nabi s.a.w selesai dari sembahyangnya, baginda mengangkat suaranya ke arah orang-orang kafir sambil berdoa ke atas mereka. Apabila baginda berdoa dan memohon baginda akan mengulanginya sebanyak tiga kali. Kemudian baginda berdoa: Ya Allah! aku serahkan kepada Engkau segala urusan orang-orang Quraisy ini dengan berdoa sebanyak tiga kali. Ketika mereka mendengar suara Nabi s.a.w itulah mereka serta merta berhenti dari ketawa. Mereka benar-benar takut dengan doa baginda. Kemudian Nabi s.a.w berdoa lagi: Ya Allah! aku serahkan kepada Engkau Abu Jahal bin Hisyam, Utbah bin Rabi'ah, Syaibah bin Rabi'ah, Walid bin Uqbah, Umaiyah bin Khalaf dan Uqbah bin Abu Mu'ait kemudian yang ketujuh aku lupa namanya. Demi Zat yang mengutuskan Muhammad s.a.w dengan membawa kebenaran, sesungguhnya aku melihat orang-orang yang baginda sebut itu terbunuh sewaktu peperangan Badar kemudian mereka diheret ke dalam telaga Badar.

-(Hadis Riwayat MUSLIM)
-KITAB JIHAD DAN STRATEGINYA
- Bab Kejahatan Yang Dilakukan Oleh Kaum Musyrikin Dan Kaum Munafikin Terhadap Nabi.