Selasa, Mei 18, 2010

Menenangkan Hati Orang Yang Bimbangkan Keimanannya Kerana Kelemahannya Serta Larangan Memastikan Keimanan Tanpa Dalil Yang Jelas

عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ
قَسَمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَسْمًا فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَعْطِ فُلَانًا فَإِنَّهُ مُؤْمِنٌ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْ مُسْلِمٌ أَقُولُهَا ثَلَاثًا وَيُرَدِّدُهَا عَلَيَّ ثَلَاثًا أَوْ مُسْلِمٌ ثُمَّ قَالَ إِنِّي لَأُعْطِي الرَّجُلَ وَغَيْرُهُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْهُ مَخَافَةَ أَنْ يَكُبَّهُ اللَّهُ فِي النَّارِ

Hadis Saad r.a katanya:

Rasulullah s.a.w telah membahagikan suatu pembahagian. Lalu aku mencelah: Wahai Rasulullah! Berilah kepada lelaki itu kerana dia juga seorang mukmin. Baginda bertanya dengan bersabda: Adakah dia juga seorang Islam? Aku menjawabnya sebanyak tiga kali tetapi baginda tetap juga meminta kepastian daripada aku sebanyak tiga kali dengan pertanyaan betulkah dia juga seorang Islam. Baginda seterusnya bersabda: Aku bimbang Allah meletakkan lelaki tersebut ke dalam Neraka ekoran dari aku memberikan pembahagian kepadanya kerana ingin memujuk. Sedangkan masih ada orang lain yang lebih mengasihiku.

HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB : IMAN
BAB : Menenangkan Hati Orang Yang Bimbangkan Keimanannya Kerana Kelemahannya Serta Larangan Memastikan Keimanan Tanpa Dalil Yang Jelas

1 ulasan:

Affan Ruslan berkata...

salam.
insyaALlah boleh tuan syarahkan?
saya kurang jelas.