Rabu, Mei 19, 2010

Hati Akan Bertambah Tenang Dengan Adanya Dalil dalil


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نَحْنُ أَحَقُّ بِالشَّكِّ مِنْ إِبْرَاهِيمَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ قَالَ
{ رَبِّ أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِي الْمَوْتَى قَالَ أَوَ لَمْ تُؤْمِنْ قَالَ بَلَى وَلَكِنْ لِيَطْمَئِنَّ قَلْبِي }
قَالَ وَيَرْحَمُ اللَّهُ لُوطًا لَقَدْ كَانَ يَأْوِي إِلَى رُكْنٍ شَدِيدٍ وَلَوْ لَبِثْتُ فِي السِّجْنِ طُولَ لَبْثِ يُوسُفَ لَأَجَبْتُ الدَّاعِيَ

Hadis Abu Hurairah r.a:

Rasulullah s.a.w bersabda: Kami lebih berhak merasa ragu daripada Nabi Ibrahim a.s, ketika dia berkata di dalam Al-Quran رَبِّ أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِي الْمَوْتَى قَالَ أَوَلَمْ تُؤْمِنْ قَالَ بَلَى وَلَكِنْ لِيَطْمَئِنَّ قَلْبِي Yang bermaksud: Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang mati? Allah berfirman: Adakah engkau tidak percaya kepada kekuasaanKu? Nabi Ibrahim menjawab: Aku tetap percaya dan yakin tetapi agar hatiku tenteram. Rasulullah s.a.w terus bersabda: Semoga Allah memberikan rahmat kepada Nabi Lut. Dia benar-benar telah berlindung kepada suatu kuasa yang kuat iaitu Allah s.w.t. Seandainya aku tinggal di penjara selama tempoh Nabi Yusuf berada di dalamnya nescaya aku akan memenuhi keinginan mereka yang meminta.

HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB : IMAN
BAB : Hati Akan Bertambah Tenang Dengan Adanya Dalil dalil

Tiada ulasan: