Isnin, Mei 11, 2009

Sebahagian Dari Kelebihan Az Zubair R.A


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الزُّبَيْرِ قَالَ
كُنْتُ أَنَا وَعُمَرُ بْنُ أَبِي سَلَمَةَ يَوْمَ الْخَنْدَقِ مَعَ النِّسْوَةِ فِي أُطُمِ حَسَّانَ فَكَانَ يُطَأْطِئُ لِي مَرَّةً فَأَنْظُرُ وَأُطَأْطِئُ لَهُ مَرَّةً فَيَنْظُرُ فَكُنْتُ أَعْرِفُ أَبِي إِذَا مَرَّ عَلَى فَرَسِهِ فِي السِّلَاحِ إِلَى بَنِي قُرَيْظَةَ قَالَ وَأَخْبَرَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُرْوَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الزُّبَيْرِ قَالَ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِأَبِي فَقَالَ وَرَأَيْتَنِي يَا بُنَيَّ قُلْتُ نَعَمْ قَالَ أَمَا وَاللَّهِ لَقَدْ جَمَعَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَئِذٍ أَبَوَيْهِ فَقَالَ فَدَاكَ أَبِي وَأُمِّي

Hadis Abdullah bin Az-Zubair r.a katanya:
Semasa peperangan Khandaq aku dan Umar bin Abu Salamah bersama dengan beberapa orang wanita berada di Utum Hasan. Sesekali beliau menundukkan badannya supaya aku melihat dan sesekali aku pula menundukkan badanku supaya beliau melihat. Ketika itu aku melihat ayahku membawa pedangnya menunggang kuda menuju ke arah Bani Quraizah. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Urwah daripada Abdullah bin Zubir katanya: Aku bertanya perkara itu kepada ayahku. Ayahku bertanya: Adakah kamu melihat aku wahai anakku. Aku menjawab: Ya. Beliau berkata: Demi Allah, ketika itu Rasulullah s.a.w menyebut kedua ibu bapanya kepadaku. Rasulullah s.a.w bersabda: Aku tebuskan kamu dengan ayah dan ibuku.

(HADIS RIWAYAT MUSLIM).

1 ulasan:

Unknown berkata...

asiff...
tak faham.
boleh jelaskan.