Khamis, Mei 14, 2009

Wajib Mengikut Jejak Nabi s.a.w.


عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ الزُّبَيْرِ حَدَّثَهُ
أَنَّ رَجُلًا مِنْ الْأَنْصَارِ خَاصَمَ الزُّبَيْرَ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي شِرَاجِ الْحَرَّةِ الَّتِي يَسْقُونَ بِهَا النَّخْلَ فَقَالَ الْأَنْصَارِيُّ سَرِّحْ الْمَاءَ يَمُرُّ فَأَبَى عَلَيْهِمْ فَاخْتَصَمُوا عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلزُّبَيْرِ اسْقِ يَا زُبَيْرُ ثُمَّ أَرْسِلْ الْمَاءَ إِلَى جَارِكَ فَغَضِبَ الْأَنْصَارِيُّ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْ كَانَ ابْنَ عَمَّتِكَ فَتَلَوَّنَ وَجْهُ نَبِيِّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ يَا زُبَيْرُ اسْقِ ثُمَّ احْبِسْ الْمَاءَ حَتَّى يَرْجِعَ إِلَى الْجَدْرِ فَقَالَ الزُّبَيْرُ وَاللَّهِ إِنِّي لَأَحْسِبُ هَذِهِ الْآيَةَ نَزَلَتْ فِي ذَلِكَ
{ فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا }

Hadis Abdullah bin Az-Zubair r.a:
Sesungguhnya seorang lelaki Ansar berkelahi dengan Az-Zubair di samping Rasulullah s.a.w berkenaan saluran air di Harrah. Lelaki Ansar tersebut berkata: Alirkan air itu sehingga mengalir. Az-Zubair menolak permintaan mereka, lalu mereka berkelahi di samping Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda kepada Az-Zubair: Berilah aliran air, wahai Az-Zubair! Kemudian biarkan air itu mengalir pada jiran tetanggamu. Lelaki Ansar tadi marah seraya berkata: Wahai Rasulullah! Apakah kerana Zubair adalah anak saudara engkau? Nabi s.a.w dengan marah bersabda: Wahai Az-Zubair! Berilah kepadanya air, kemudian tahanlah air tersebut sehingga ianya mengalir ke kebun itu. Setelah selesai kejadian itu, Az-Zubair berkata: Demi Allah, sesungguhnya aku yakin bahawa ayat ini turun membicarakan tentang perkelahian tadi. Yang bermaksud: Maka demi Tuhan, mereka pada hakikatnya tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa di dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan.
(HADIS RIWAT MUSLIM)
- Bab Wajib Mengikuti Jejak Nabi s.a.w

Tiada ulasan: