Isnin, April 27, 2009

Sebahagian Dari Kelebihan Khadijah Ummul Mukminin r.a



عَنْ أَبِي زُرْعَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَأَتَى جِبْرِيلُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذِهِ خَدِيجَةُ قَدْ أَتَتْكَ مَعَهَا إِنَاءٌ فِيهِ إِدَامٌ أَوْ طَعَامٌ أَوْ شَرَابٌ فَإِذَا هِيَ أَتَتْكَ فَاقْرَأْ عَلَيْهَا السَّلَامَ مِنْ رَبِّهَا عَزَّ وَجَلَّ وَمِنِّي وَبَشِّرْهَا بِبَيْتٍ فِي الْجَنَّةِ مِنْ قَصَبٍ لَا صَخَبَ فِيهِ وَلَا نَصَبَ


Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Jibril datang menemui Nabi s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah! Ini Khadijah yang membawa kepada kamu satu bekas yang terdapat di dalamnya lauk, makanan atau minuman. Apabila beliau sampai kepada kamu, sampaikan salam aku kepadanya dan salam dari tuhannya. Sampaikan berita gembira kepadanya mengenai sebuah rumah di dalam Syurga yang dibuat dari mutiara, di dalamnya tidak ada kebisingan dan kesusahan.



عَنْ إِسْمَعِيلَ قَالَ
قُلْتُ لِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي أَوْفَى أَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَشَّرَ خَدِيجَةَ بِبَيْتٍ فِي الْجَنَّةِ قَالَ نَعَمْ بَشَّرَهَا بِبَيْتٍ فِي الْجَنَّةِ مِنْ قَصَبٍ لَا صَخَبَ فِيهِ وَلَا نَصَبَ


Hadis Abdullah bin Abu Aufa r.a: Diriwayatkan daripada Ismail r.a katanya: Aku bertanya Abdullah bin Abu Aufa: Tidakkah Rasulullah s.a.w pernah menyampaikan berita gembira kepada Khadijah mengenai sebuah rumah di dalam Syurga. Beliau menjawab: Ya, baginda menyampaikan berita gembira kepadanya mengenai sebuah rumah di dalam Syurga yang diperbuat dari mutiara, di dalamnya tidak ada kebisingan dan kesusahan.


(HADIS RIWAYAT MUSLIM)

-Bab Sebahagian Dari Kelebihan Khadijah Ummul Mukminin r.a

Tiada ulasan: