Jumaat, April 24, 2009

KELEBIHAN SAHABAT NABI : ( Saidina Ali Bin Abu Talib)


عَنْ أَبِي حَازِمٍ أَخْبَرَنِي سَهْلُ بْنُ سَعْدٍأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَوْمَ خَيْبَرَ لَأُعْطِيَنَّ هَذِهِ الرَّايَةَ رَجُلًا يَفْتَحُ اللَّهُ عَلَى يَدَيْهِ يُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيُحِبُّهُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ قَالَ فَبَاتَ النَّاسُ يَدُوكُونَ لَيْلَتَهُمْ أَيُّهُمْ يُعْطَاهَا قَالَ فَلَمَّا أَصْبَحَ النَّاسُ غَدَوْا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّهُمْ يَرْجُونَ أَنْ يُعْطَاهَا فَقَالَ أَيْنَ عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ فَقَالُوا هُوَ يَا رَسُولَ اللَّهِ يَشْتَكِي عَيْنَيْهِ قَالَ فَأَرْسِلُوا إِلَيْهِ فَأُتِيَ بِهِ فَبَصَقَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي عَيْنَيْهِ وَدَعَا لَهُ فَبَرَأَ حَتَّى كَأَنْ لَمْ يَكُنْ بِهِ وَجَعٌ فَأَعْطَاهُ الرَّايَةَ فَقَالَ عَلِيٌّ يَا رَسُولَ اللَّهِ أُقَاتِلُهُمْ حَتَّى يَكُونُوا مِثْلَنَا فَقَالَ انْفُذْ عَلَى رِسْلِكَ حَتَّى تَنْزِلَ بِسَاحَتِهِمْ ثُمَّ ادْعُهُمْ إِلَى الْإِسْلَامِ وَأَخْبِرْهُمْ بِمَا يَجِبُ عَلَيْهِمْ مِنْ حَقِّ اللَّهِ فِيهِ فَوَاللَّهِ لَأَنْ يَهْدِيَ اللَّهُ بِكَ رَجُلًا وَاحِدًا خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَنْ يَكُونَ لَكَ حُمْرُ النَّعَمِ


Hadis Sahl bin Saad r.a: Rasulullah s.a.w bersabda ketika peperangan Khaibar: Aku akan berikan bendera ini kepada seorang lelaki, dengan tangannyalah Allah akan memberi kemenangan, yang mencintai Allah dan Rasul-Nya dan dicintai Allah dan Rasul--Nya. Semalaman orang ramai berbicara siapakah yang akan diberi bendera oleh Rasulullah s.a.w. Keesokan harinya mereka pergi mendapatkan Rasulullah s.a.w dan berharap supaya Rasulullah s.a.w memberi bendera itu kepada mereka. Rasulullah s.a.w bertanya: Di manakah Ali? Mereka menjawab: Beliau, wahai Rasulullah, tetapi matanya sakit. Kemudian mereka pergi mendapatkan Ali dan membawanya kepada Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w meludah ke dalam matanya serta berdoa untuknya. Setelah itu mata Ali terus sembuh seperti sebelumnya, lalu Rasulullah s.a.w memberikan bendera itu kepadanya. Ali berkata: Wahai Rasulullah! Aku akan memerangi mereka sehinggalah mereka seperti kita. Rasulullah s.a.w bersabda: Lakukan dengan berhati-hati sehingga kamu sampai ke wilayah mereka, kemudian serulah mereka pada agama Islam dan beritahu mereka tentang kewajipan mereka terhadap hak Allah. Demi Allah, sekiranya seseorang lelaki diberi petunjuk oleh Allah kerana kamu, adalah lebih baik bagimu daripada memiliki beberapa ekor keldai.

(HADIS RIWAYATMUSLIM)
-Bab Bab Sebahagian Dari Kelebihan Ali Bin Abu Talib r.a

2 ulasan:

suarajagat berkata...

blo9g anda bagus sekali..

blog sy menentang ajaran sesat di malaysia. semua bloggers sila add link sy & sama berdakwah http://suarajagat.wordpress.com

SRISUFI berkata...

Salam saudara,

syukran kerana menyediakan satu blog sebegini. Teruskan menulis.