Selasa, Mei 01, 2012

Makruh Meminta Untuk Bertemu Dengan Musuh Dan Perintah Supaya Bersabar Ketika Bertemu Dengannya

  عَنْ أَبِي النَّضْرِ
عَنْ كِتَابِ رَجُلٍ مِنْ أَسْلَمَ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَالُ لَهُ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي أَوْفَى فَكَتَبَ إِلَى عُمَرَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ حِينَ سَارَ إِلَى الْحَرُورِيَّةِ يُخْبِرُهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ فِي بَعْضِ أَيَّامِهِ الَّتِي لَقِيَ فِيهَا الْعَدُوَّ يَنْتَظِرُ حَتَّى إِذَا مَالَتْ الشَّمْسُ قَامَ فِيهِمْ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ لَا تَتَمَنَّوْا لِقَاءَ الْعَدُوِّ وَاسْأَلُوا اللَّهَ الْعَافِيَةَ فَإِذَا لَقِيتُمُوهُمْ فَاصْبِرُوا وَاعْلَمُوا أَنَّ الْجَنَّةَ تَحْتَ ظِلَالِ السُّيُوفِ ثُمَّ قَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ اللَّهُمَّ مُنْزِلَ الْكِتَابِ وَمُجْرِيَ السَّحَابِ وَهَازِمَ الْأَحْزَابِ اهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ

Hadis Abdullah bin Abi Aufa r.a: Diriwayatkan daripada Abu An-Nadhri tentang surat seorang lelaki yang berasal dari Aslam dari kalangan para sahabat Nabi s.a.w. Lelaki tersebut bergelah Abdullah bin Abi Aufa. Kemudian dia mengutuskan surat kepada Umar bin Ubaidillah ketika dia berangkat pergi kepada kaum Harurriyah (salah satu golongan Khawarij) yang menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w ketika bertemu dengan musuh, baginda akan menunggu sehingga matahari condong ke arah barat. Kemudian baginda bangkit lalu bersabda: Wahai sekalian manusia! Janganlah kamu mengharapkan untuk bertemu dengan musuh dan pohonlah kesejahteraan kepada Allah. Apabila kamu bertemu dengan mereka, maka bersabarlah dan ketahuilah kamu, sesungguhnya Syurga itu berada di bawah libasan pedang kamu. Selanjutnya Nabi s.a.w bangkit dan berdoa: Ya Allah! Engkaulah Yang menurunkan kitab dan Yang menggerakkan awan dan Yang mengalahkan pasukan yang bersekutu, hancurkanlah mereka dan berikanlah kemenangan kepada kami.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : JIHAD DAN STRATEGINYA
BAB : Makruh Meminta Untuk Bertemu Dengan Musuh Dan Perintah Supaya Bersabar Ketika Bertemu Dengannya 

Tiada ulasan: