Isnin, Julai 09, 2012

Puasa Nabi S.a.w Pada Bulan Lain Selain Dari Bulan Ramadan Dan Disunatkan Tidak Membiarkan Satu Bulan Pun Berlalu Tanpa Berpuasa

  عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
مَا صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَهْرًا كَامِلًا قَطُّ غَيْرَ رَمَضَانَ وَكَانَ يَصُومُ إِذَا صَامَ حَتَّى يَقُولَ الْقَائِلُ لَا وَاللَّهِ لَا يُفْطِرُ وَيُفْطِرُ إِذَا أَفْطَرَ حَتَّى يَقُولَ الْقَائِلُ لَا وَاللَّهِ لَا يَصُومُ

Hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w tidak pernah berpuasa satu bulan penuh kecuali pada bulan Ramadan. Baginda akan berpuasa jika ingin berpuasa, sehingga seseorang pernah berkata: Demi Allah, baginda tidak berbuka. Baginda juga pernah tidak berpuasa begitu lama sehingga seseorang pernah berkata: Demi Allah, baginda seperti tidak pernah berpuasa iaitu hanya berpuasa sekali sekala sahaja.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : PUASA
BAB     : Puasa Nabi S.a.w Pada Bulan Lain Selain Dari Bulan Ramadan Dan Disunatkan Tidak Membiarkan Satu Bulan Pun Berlalu Tanpa Berpuasa

Tiada ulasan: