t;">
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
كُفِّنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي ثَلَاثَةِ أَثْوَابٍ بِيضٍ سَحُولِيَّةٍ مِنْ كُرْسُفٍ لَيْسَ فِيهَا قَمِيصٌ وَلَا عِمَامَةٌ أَمَّا الْحُلَّةُ فَإِنَّمَا شُبِّهَ عَلَى النَّاسِ فِيهَا أَنَّهَا اشْتُرِيَتْ لَهُ لِيُكَفَّنَ فِيهَا فَتُرِكَتْ الْحُلَّةُ وَكُفِّنَ فِي ثَلَاثَةِ أَثْوَابٍ بِيضٍ سَحُولِيَّةٍ فَأَخَذَهَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي بَكْرٍ فَقَالَ لَأَحْبِسَنَّهَا حَتَّى أُكَفِّنَ فِيهَا نَفْسِي ثُمَّ قَالَ لَوْ رَضِيَهَا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لِنَبِيِّهِ لَكَفَّنَهُ فِيهَا فَبَاعَهَا وَتَصَدَّقَ بِثَمَنِهَا
Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w dikapan dengan
tiga lapis kain tenun putih yang diperbuat dari kapas tanpa ada baju
ataupun serban. Adapun mengenai Hullah iaitu selimut Yaman, maka orang
ramai keliru mengenainya. Memang Hullah itu dibeli dan disediakan untuk
mengapan baginda, tetapi selimut itu tidak digunakan dan ditinggalkan.
Baginda dikapan dengan tiga lapis kain tenun putih dan selimut itu
diambil oleh Abdullah bin Abu Bakar. Abdullah berkata: Aku akan
menyimpannya untuk mengapan diriku nanti. Kemudiannya dia berkata:
Seandainya Allah meredai ianya adalah untuk Nabi-Nya, tentu Allah akan
mengapan baginda dengan selimut itu. Kemudiannya dia menjual selimut itu
dan menyedekahkan hasil penjualannya.
HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : JENAZAH
BAB : Mengapani Jenazah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan