عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ
حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ الصَّادِقُ الْمَصْدُوقُ إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ثُمَّ يَكُونُ فِي ذَلِكَ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يَكُونُ فِي ذَلِكَ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يُرْسَلُ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيهِ الرُّوحَ وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ فَوَالَّذِي لَا إِلَهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا
Hadis
Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w seorang yang benar
serta dipercayai bersabda: Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam
perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh
hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat
puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian
Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan
supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian,
amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha
suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya. Seandainya seseorang
itu melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga
sehinggalah kehidupannya hanya tinggal sehasta dari tempoh kematiannya,
tetapi disebabkan ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan
melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Neraka
sehinggalah dia memasukinya. Begitu juga dengan mereka yang melakukan
amalan ahli Neraka, tetapi disebabkan oleh ketentuan takdir nescaya dia
akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh
penghuni Syurga sehinggalah dia memasukinya
HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : TAKDIR
BAB : Peringkat Kejadian Manusia Di Dalam Perut Ibunya, Termasuk Penentuan
Rezeki, Tempoh Kematian, Amalan, Juga Mengenai Nasibnya Samada Mendapat
Kecelakaan Atau Kebahagiaan
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
-
Kali pertama saya membaca hadis ini, saya adalah seorang pelajar Syariah.
Perhatian kami tertumpu kepada konotasi fiqh riwayat ini bahawa seorang
yang lebi...
3 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan