عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَلَّهُ أَشَدُّ فَرَحًا بِتَوْبَةِ عَبْدِهِ الْمُؤْمِنِ مِنْ رَجُلٍ فِي أَرْضٍ دَوِّيَّةٍ مَهْلِكَةٍ مَعَهُ رَاحِلَتُهُ عَلَيْهَا طَعَامُهُ وَشَرَابُهُ فَنَامَ فَاسْتَيْقَظَ وَقَدْ ذَهَبَتْ فَطَلَبَهَا حَتَّى أَدْرَكَهُ الْعَطَشُ ثُمَّ قَالَ أَرْجِعُ إِلَى مَكَانِيَ الَّذِي كُنْتُ فِيهِ فَأَنَامُ حَتَّى أَمُوتَ فَوَضَعَ رَأْسَهُ عَلَى سَاعِدِهِ لِيَمُوتَ فَاسْتَيْقَظَ وَعِنْدَهُ رَاحِلَتُهُ وَعَلَيْهَا زَادُهُ وَطَعَامُهُ وَشَرَابُهُ فَاللَّهُ أَشَدُّ فَرَحًا بِتَوْبَةِ الْعَبْدِ الْمُؤْمِنِ مِنْ هَذَا بِرَاحِلَتِهِ وَزَادِهِ
Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda: Allah s.w.t amat gembira dengan taubat hamba-Nya yang beriman
iaitu seorang lelaki yang berada di kawasan tandus. Bersamanya seekor
unta yang membawa makanan dan minuman, lalu dia tidur. Sebaik sahaja dia
bangkit unta tersebut telah hilang. Dia terus mencarinya sehinggalah
terasa kehausan dan dahaga lalu berkata: Lebih baik aku kembali ke
tempatku tadi. Aku akan tidur sehingga mati. Lantas dia tidur
berbantalkan lengannya dengan harapan supaya mati. Namun begitu dia
terjaga lagi dan didapati unta yang membawa bekalan makanan dan minuman
ada di sisinya. Allah s.w.t amat gembira dengan taubat hamba yang
beriman ini dengan unta dan bekalannya.
HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : TAUBAT
BAB : Galakan Supaya Bertaubat Serta Bergembira Dengannya
Meshaal: Taufan Al-Aqsa telah memberikan kepentingan Palestin.
-
Rabu, 24/12/2025 – Ketua Biro Politik Hamas di luar negara, Khaled Meshaal,
pada Rabu berkata isu Palestin telah kembali mendapat perhatian yang belum
pe...
6 hari yang lalu




















Tiada ulasan:
Catat Ulasan