Rabu, November 10, 2010

Perubahan Arah Kiblat Dari Baitulmuqaddis Ke Kaabah


: عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ
صَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى بَيْتِ الْمَقْدِسِ سِتَّةَ عَشَرَ شَهْرًا حَتَّى نَزَلَتْ الْآيَةُ الَّتِي فِي الْبَقَرَةِ
{ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ }
فَنَزَلَتْ بَعْدَمَا صَلَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَانْطَلَقَ رَجُلٌ مِنْ الْقَوْمِ فَمَرَّ بِنَاسٍ مِنْ الْأَنْصَارِ وَهُمْ يُصَلُّونَ فَحَدَّثَهُمْ فَوَلَّوْا وُجُوهَهُمْ قِبَلَ الْبَيْتِ

Hadis Al-Bara' bin Aazib r.a katanya:

Aku telah sembahyang bersama Nabi s.a.w menghadap ke Baitulmuqaddis selama enam belas bulan sehinggalah diturunkan ayat yang terdapat dalam surah Al-Baqarah: وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ Yang bermaksud: Dan di mana saja kamu berada, maka palingkanlah mukamu ke arahnya. Ayat tersebut diturunkan selepas Nabi s.a.w mendirikan sembahyang. Setelah itu seorang lelaki dari satu kaum berjalan-jalan dan secara kebetulan dia mendapati beberapa orang dari kaum Ansar masih lagi sembahyang dengan menghadap ke arah Baitulmuqaddis. Lalu dia menceritakan tentang ayat tersebut, lantas mereka memalingkan muka mereka ke arah Kaabah.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : MASJID DAN TEMPAT TEMPAT SOLAT
BAB : Perubahan Arah Kiblat Dari Baitulmuqaddis Ke Kaabah

Tiada ulasan: