Khamis, September 02, 2010

Menghidupkan Malam-Malam Sepuluh Terakhir Ramadan


عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ أَحْيَا اللَّيْلَ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ

Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya:

Apabila tiba sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w menghidupkan ibadat malam. Baginda membangkitkan isteri baginda. Baginda amat bersungguh-sungguh dan bersemangat sekali dalam menghidupkan malam tersebut.

HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB : IKTIKAF
Bab :Bermujahadah Pada Sepuluh Hari Yang Terakhir Dalam Bulan Ramadan

Tiada ulasan: