Selasa, September 21, 2010

Membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ Tahmid Dan Amin


Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila imam membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ kamu hendaklah membaca اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ kerana sesungguhnya sesiapa yang membaca doa menyamai sebagaimana yang dibaca oleh para Malaikat, nescaya Allah s.w.t mengampunkan dosanya yang telah lalu.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا قَالَ الْإِمَامُ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فَقُولُوا اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ فَإِنَّهُ مَنْ وَافَقَ قَوْلُهُ قَوْلَ الْمَلَائِكَةِ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila Imam mengucapkan amin, kamu hendaklah mengucapkan amin kerana sesungguhnya sesiapa yang mengucapkannya sebagaimana yang diucapkan oleh para Malaikat, nescaya akan diampunkan oleh Allah s.w.t segala dosa yang telah lalu.

: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَمَّنَ الْإِمَامُ فَأَمِّنُوا فَإِنَّهُ مَنْ وَافَقَ تَأْمِينُهُ تَأْمِينَ الْمَلَائِكَةِ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ


HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB : SOLAT
BAB : Membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ Tahmid Dan Amin

Tiada ulasan: