Sabtu, Ogos 21, 2010

PUASA ITU PERISAI



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: الصِّيَامُ جُنَّةٌ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَجْهَلْ وَإِنْ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ مَرَّتَيْنِ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ تَعَالَى مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ يَتْرُكُ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ مِنْ أَجْلِي الصِّيَامُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا
Dari Abu Hurairah R.A: Rasulullah SAW bersabda: "Puasa itu perisai,maka tidak boleh berkata kotor dan tidak boleh berbuat bodoh,jika seseorang itu memeranginya atau mencacinya,maka hendaklah ia berkata" Aku berpuasa" Aku berpuasa".Demi jiwaku didalam kekuasaanNya sesunggunya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum disisi Allah dari haruman kasturi.(Allah berfirman)"Orang yang berpuasa itu meninggalkan makan,minum serta syahwatnya keranaKu,dan aku yang akan memberi ganjarannya".dan satu kebaikan itu dilipat ganda seumpama sepuluh..

HADIS RIWAYAT BUKHARI
KITAB : PUASA
BAB: KELEBIHAN PUASA

1 ulasan:

Syed Ahmad Fathi berkata...

Menahan lapar dan dahaga mungkin tidak payah bagi kita. Apa yang lebih sukar menahan mulut dari berkata kotor , sia2 dan umpatan. Perlu menyeluruh puasa kita dan tidak hanya pada makan minum. Wallahualam.