Jumaat, Mei 14, 2010

Diangkat Darjat Amanah dan Iman Dari Sebahagian Hati Serta Fitnah Merebak Di Dalam Hati


: عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ
حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدِيثَيْنِ قَدْ رَأَيْتُ أَحَدَهُمَا وَأَنَا أَنْتَظِرُ الْآخَرَ حَدَّثَنَا أَنَّ الْأَمَانَةَ نَزَلَتْ فِي جَذْرِ قُلُوبِ الرِّجَالِ ثُمَّ نَزَلَ الْقُرْآنُ فَعَلِمُوا مِنْ الْقُرْآنِ وَعَلِمُوا مِنْ السُّنَّةِ
ثُمَّ حَدَّثَنَا عَنْ رَفْعِ الْأَمَانَةِ قَالَ يَنَامُ الرَّجُلُ النَّوْمَةَ فَتُقْبَضُ الْأَمَانَةُ مِنْ قَلْبِهِ فَيَظَلُّ أَثَرُهَا مِثْلَ الْوَكْتِ ثُمَّ يَنَامُ النَّوْمَةَ فَتُقْبَضُ الْأَمَانَةُ مِنْ قَلْبِهِ فَيَظَلُّ أَثَرُهَا مِثْلَ الْمَجْلِ كَجَمْرٍ دَحْرَجْتَهُ عَلَى رِجْلِكَ فَنَفِطَ فَتَرَاهُ مُنْتَبِرًا وَلَيْسَ فِيهِ شَيْءٌ ثُمَّ أَخَذَ حَصًى فَدَحْرَجَهُ عَلَى رِجْلِهِ فَيُصْبِحُ النَّاسُ يَتَبَايَعُونَ لَا يَكَادُ أَحَدٌ يُؤَدِّي الْأَمَانَةَ حَتَّى يُقَالَ إِنَّ فِي بَنِي فُلَانٍ رَجُلًا أَمِينًا حَتَّى يُقَالَ لِلرَّجُلِ مَا أَجْلَدَهُ مَا أَظْرَفَهُ مَا أَعْقَلَهُ وَمَا فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ مِنْ إِيمَانٍ وَلَقَدْ أَتَى عَلَيَّ زَمَانٌ وَمَا أُبَالِي أَيَّكُمْ بَايَعْتُ لَئِنْ كَانَ مُسْلِمًا لَيَرُدَّنَّهُ عَلَيَّ دِينُهُ وَلَئِنْ كَانَ نَصْرَانِيًّا أَوْ يَهُودِيًّا لَيَرُدَّنَّهُ عَلَيَّ سَاعِيهِ وَأَمَّا الْيَوْمَ فَمَا كُنْتُ لِأُبَايِعَ مِنْكُمْ إِلَّا فُلَانًا وَفُلَانًا
Hadis Huzaifah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w menceritakan kepada kami dua buah Hadis. Aku telah mengetahui salah satu daripadanya dan aku masih menunggu Hadis yang kedua. Baginda menceritakan kepada kami bahawa: Amanah ditempatkan pada pangkal hati seorang lelaki. Setelah Al-Quran diturunkan, mereka mula mempelajari dari Al-Quran begitu juga mereka mula mengetahui dari Sunnah. Seterusnya baginda menceritakan kepada kami tentang kehilangan amanah dengan bersabda: Seorang lelaki sedang tidur lalu amanah diambil dari hatinya sehingga menampakkan kesannya. Kemudian dia tidur lagi lalu di ambil pula amanah dari hatinya sehingga kesannya bengkak seperti melecur kerana terkena bara yang jatuh ke kaki. Kesan tersebut terus membengkak sedangkan tidak ada apa-apa di dalamnya. Seterusnya baginda mengambil seketul batu kecil lalu menjatuhkannya ke kaki baginda. Orang ramai kembali meneruskan urus niaga masing-masing. Hampir tidak ada seorangpun yang melaksanakan amanah lantas baginda bersabda: Di kalangan Bani Polan ada seorang lelaki yang sangat amanah. Sehinggalah baginda berkata kepada seorang lelaki: Alangkah tabahnya! Alangkah jujurnya! Alangkah pintarnya! Sedangkan dihatinya tidak ada iman walaupun sebesar biji sawi. Benar-benar telah datang kepadaku suatu zaman dan aku tidak peduli kepada sesiapa di antara kalian aku berjual beli. Jika dia orang Islam maka agamanya akan menegahnya mengkhianatiku. Sekiranya dia seorang Nasrani atau Yahudi maka penguasanya akan menegahnya dari mengkhianatiku. Adapun hari ini aku hanya berjual beli dengan si Polan dan si Polan.

HADIS :RIWAYAT MUSLIM
KITAB : IMAN
BAB : Diangkat Darjat Amanah dan Iman Dari Sebahagian Hati Serta Fitnah Merebak Di Dalam Hati

Tiada ulasan: