Ahad, Oktober 04, 2009

Tuntutan Berterus Terang Demi Menolak Prasangka Buruk Dan Fitnah


عَنْ صَفِيَّةَ بِنْتِ حُيَيٍّ قَالَتْ
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُعْتَكِفًا فَأَتَيْتُهُ أَزُورُهُ لَيْلًا فَحَدَّثْتُهُ ثُمَّ قُمْتُ لِأَنْقَلِبَ فَقَامَ مَعِيَ لِيَقْلِبَنِي وَكَانَ مَسْكَنُهَا فِي دَارِ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ فَمَرَّ رَجُلَانِ مِنْ الْأَنْصَارِ فَلَمَّا رَأَيَا النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَسْرَعَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى رِسْلِكُمَا إِنَّهَا صَفِيَّةُ بِنْتُ حُيَيٍّ فَقَالَا سُبْحَانَ اللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنْ الْإِنْسَانِ مَجْرَى الدَّمِ وَإِنِّي خَشِيتُ أَنْ يَقْذِفَ فِي قُلُوبِكُمَا شَرًّا أَوْ قَالَ شَيْئًا
Hadis Sofiah binti Huyai r.a katanya:
Pada suatu malam ketika Nabi s.a.w sedang beriktikaf aku datang menziarahi baginda. Setelah puas berbual-bual dengan baginda, akupun berdiri untuk pulang. Rasulullah s.a.w ikut berdiri untuk menghantarku. Manakala tempat tinggal Sofiah adalah di rumah Usamah bin Zaid. Tiba-tiba datang dua orang Ansar. Apabila mereka melihat Nabi s.a.w mereka mempercepat langkah mereka. Lalu Nabi s.a.w bersabda: Perlahankanlah langkah kamu. Sesungguhnya ini adalah Sofiah binti Huyai Maha suci Allah, wahai Rasulullah. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda Sesungguhnya syaitan itu berjalan pada aliran darah manusia. Sebenarnya aku risau ada tuduhan buruk atau yang tidak baik dalam hati kamu berdua.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : SALAM
BAB : Menerangkan Bahawa Bagi Sesiapa Yang Terlihat Seseorang Berdua duaan Dengan Seorang Wanita Sedangkan Wanita Tersebut Adalah Isterinya Atau Mahramnya, Sunat Menyatakan: Ini Si Anu, Demi Menolak Prasangka Buruk Terhadapnya

Tiada ulasan: