Isnin, September 07, 2009

Diharuskan Samada Berpuasa Atau Berbuka Di Bulan Ramadan Bagi Orang Yang Musafir Tidak Bertujuan Maksiat


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّهُ أَخْبَرَهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ عَامَ الْفَتْحِ فِي رَمَضَانَ فَصَامَ حَتَّى بَلَغَ الْكَدِيدَ ثُمَّ أَفْطَرَ قَالَ وَكَانَ صَحَابَةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَّبِعُونَ الْأَحْدَثَ فَالْأَحْدَثَ مِنْ أَمْرِهِ

Hadis Ibnu Abbas r.a:
Rasulullah s.a.w telah keluar pada tahun pembukaan Kota Mekah di bulan Ramadan. Baginda berpuasa sehinggalah tiba di Daerah Al-Kadid, baginda pun berbuka. Para sahabat Rasulullah s.a.w mengambil hukum dengan mengikuti kejadian demi kejadian berdasarkan perintah baginda.

HADIS RIWAYAT MUSLIM
KITAB : PUASA
BAB : Diharuskan Samada Berpuasa Atau Berbuka Di Bulan Ramadan Bagi Orang Yang Musafir Tidak Bertujuan Maksiat Jika Perjalanannya Mencukupi Dua Marhalah Atau Lebih. Sebaiknya, Berpuasa Jika Puasanya Itu Tidak Memudaratkannya. Jika Memudaratkannya, Hendaklah Dia Berbuka.

Tiada ulasan: