Isnin, September 28, 2009

ADAB MEMBERI SALAM


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَال:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يُسَلِّمُ الرَّاكِبُ عَلَى الْمَاشِي وَالْمَاشِي عَلَى الْقَاعِدِ وَالْقَلِيلُ عَلَى الْكَثِيرِ

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit hendaklah memberi salam kepada orang yang ramai.

(HADIS RIWAYAT MUSLIM)
KITAB : SALAM
Bab : Orang Yang Berkenderaan Memberi Salam Kepada Orang Yang Berjalan Kaki Dan Orang Yang Sedikit Memberi Salam Kepada Orang Yang Lebih Ramai