Khamis, Ogos 20, 2009

وُجُوبِ صَوْمِ رَمَضَانَ لِرُؤْيَةِ الْهِلَالِ (Wajib Berpuasa Ramadan Jika Kelihatan Anak Bulan Ramadhan)


عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ ذَكَرَ رَمَضَانَ فَقَالَ: لَا تَصُومُوا حَتَّى تَرَوْا الْهِلَالَ وَلَا تُفْطِرُوا حَتَّى تَرَوْهُ فَإِنْ أُغْمِيَ عَلَيْكُمْ فَاقْدِرُوا لَهُ
Hadis Ibnu Umar r.a:
Nabi s.a.w telah menyebut tentang bulan Ramadan dengan sabdanya: Janganlah kamu berpuasa sebelum kamu melihat anak bulan Ramadan dan janganlah kamu berbuka sebelum kamu melihat anak bulan Syawal. Sekiranya ia dilitupi awan, hendaklah kamu menghitungnya.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَأَيْتُمْ الْهِلَالَ فَصُومُوا وَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَأَفْطِرُوا فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَصُومُوا ثَلَاثِينَ يَوْمًا
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu melihat anak bulan Ramadan, hendaklah kamu berpuasa. Apabila kamu melihat anak bulan Syawal, hendaklah kamu berbuka. Jika ianya dilitupi awan terhadap kamu, berpuasalah selama tiga puluh hari.

HADIS RIWAYAT MUSLIM
KITAB : PUASA
BAB :Wajib Berpuasa Ramadan Jika Kelihatan Anak Bulan Ramadhan Dan Berbuka(Berhari Raya) Jika Kelihatan Anak Bulan Syawal

2 ulasan:

de_kerinchi berkata...

Assalamualaikum

Selamat menyambut bulan ramadhan dari saya sekeluarga..semoga segala ibadah, diterima dan diberkati Allah S.W.T.

Unknown berkata...

salam ramadhan..mg ramadhan kali ini membawa seribu rahmat n keampunan buat diri kita