Ahad, Ogos 16, 2009

Kasih Sayang Rasulullah SAW terhadap Anak-anak dan Keluarga


: عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وُلِدَ لِي اللَّيْلَةَ غُلَامٌ فَسَمَّيْتُهُ بِاسْمِ أَبِي إِبْرَاهِيمَ ثُمَّ دَفَعَهُ إِلَى أُمِّ سَيْفٍ امْرَأَةِ قَيْنٍ يُقَالُ لَهُ أَبُو سَيْفٍ فَانْطَلَقَ يَأْتِيهِ وَاتَّبَعْتُهُ فَانْتَهَيْنَا إِلَى أَبِي سَيْفٍ وَهُوَ يَنْفُخُ بِكِيرِهِ قَدْ امْتَلَأَ الْبَيْتُ دُخَانًا فَأَسْرَعْتُ الْمَشْيَ بَيْنَ يَدَيْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ يَا أَبَا سَيْفٍ أَمْسِكْ جَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمْسَكَ فَدَعَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالصَّبِيِّ فَضَمَّهُ إِلَيْهِ وَقَالَ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَقُولَ فَقَالَ أَنَسٌ لَقَدْ رَأَيْتُهُ وَهُوَ يَكِيدُ بِنَفْسِهِ بَيْنَ يَدَيْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَدَمَعَتْ عَيْنَا رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ تَدْمَعُ الْعَيْنُ وَيَحْزَنُ الْقَلْبُ وَلَا نَقُولُ إِلَّا مَا يَرْضَى رَبُّنَا وَاللَّهِ يَا إِبْرَاهِيمُ إِنَّا بِكَ لَمَحْزُونُونَ


Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Pada malam ini aku dikurniakan seorang anak dan aku namakannya dengan nama datuk nenekku iaitu Ibrahim. Kemudian baginda menyerahkannya kepada Ummu Saif, isteri seorang tukang besi yang bergelar Abu Saif. Pada suatu hari baginda berangkat menemui Ummu Saif untuk menyerahkan anaknya dan aku mengikuti baginda sehingga bertemu Abu Saif. Abu Saif ketika itu sedang meniup api dengan menggunakan alat khas sehingga rumahnya dipenuhi dengan asap. Aku terus berjalan dengan cepat lantas berkata: Wahai Abu Saif! Ambil putera Nabi ini. Setelah Abu Saif mengambil putera baginda, Nabi s.a.w lalu terus berdoa kemudian merangkul puteranya yang masih kecil. Pada waktu itu baginda sempat menyatakan sesuatu kepada puteranya. Anas berkata lagi: Waktu Ibrahim putera Nabi itu hampir dengan kematiannya dan sewaktu beliau berada dalam buaian Rasulullah s.a.w aku melihat kedua belah mata baginda berlinang air mata seraya baginda bersabda: Aku berlinang air mata dan hati ini terasa sedih, namun aku tidak akan berkata sesuatu melainkan perkataan yang disukai oleh tuhanku. Demi Allah, wahai Ibrahim, sesungguhnya aku sedih atas keadaanmu.

HADIS RIWAYAT MUSLIM
KITAB : Kelebihan
BAB : Kasih Sayang Serta Sopan Santun Nabi s.a.w Terhadap Anak Anak, Keluarga Dan Yang Lebih Dari Itu


5 ulasan:

Jard The Great berkata...

salam singgah dari ku.. ;p

Maiyah berkata...

salam ziarah.. Nabi Allah adalah menjadi Idola pada saya

NzA berkata...

salam..alhamdullillah...dpt lg le tmbh ilmu..TQVM...

Siti Fatimah berkata...

Erm sy betul2 tak tau cite ni. erm. boleh cite lebih skit tak?

cm sedih plak sbb ada part kematian ibrahim.

siapa ibrahim ni ek. and siapa ibu dia. kenapa Rasulullah S.A.W. nk kene serahkn ibrahim kpd org lain.

Minta maaf sy ni jahil.

Azila berkata...

rindu padamu ya Rasulullah