Isnin, Jun 22, 2009

Sebahagian Dari Kelebihan Hassan Bin Thabit R.A



حَدَّثَنَا عَمْرٌو النَّاقِدُ وَإِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ وَابْنُ أَبِي عُمَرَ كُلُّهُمْ عَنْ سُفْيَانَ قَالَ عَمْرٌو حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ سَعِيدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ عُمَرَ مَرَّ بِحَسَّانَ وَهُوَ يُنْشِدُ الشِّعْرَ فِي الْمَسْجِدِ فَلَحَظَ إِلَيْهِ فَقَالَ قَدْ كُنْتُ أُنْشِدُ وَفِيهِ مَنْ هُوَ خَيْرٌ مِنْكَ ثُمَّ الْتَفَتَ إِلَى أَبِي هُرَيْرَةَ فَقَالَ
أَنْشُدُكَ اللَّهَ أَسَمِعْتَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ أَجِبْ عَنِّي اللَّهُمَّ أَيِّدْهُ بِرُوحِ الْقُدُسِ قَالَ اللَّهُمَّ نَعَمْ

Hadis Hassan bin Thabit r.a:
Diriwayatkan daripada Said bin Musayyib katanya: Ketika Umar berjalan di dalam masjid, Hassan sedang mengalunkan syair. Beliau berkata (Hassan): Aku bersyair di dalamnya (masjid) dan di dalamnya terdapat orang yang lebih baik darimu (Rasulullah s.a.w), kemudian beliau berpaling ke arah Abu Hurairah dan berkata: Demi Allah, adakah kamu pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Peliharalah aku. Ya Allah, kuatkanlah beliau dengan Rohulqudus. Abu Hurairah menjawab: Ya.

(HADIS RIWAYAT MUSLIM)
KITAB : Kelebihan Para Sahabat R.A
BAB : Sebahagian Dari Kelebihan Hassan Bin Thabit r.a

1 ulasan:

Anis Hayati berkata...

Assalamualaikum...
Teruskan menulis ye.
suka membaca penulisan anda, byk manfaat