Jumaat, Mei 01, 2009

Sebahagian Dari Kelebihan Ummu Salamah Ummu Mukmin r.a


عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍقَالَ:
وَأُنْبِئْتُ أَنَّ جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلَام أَتَى نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعِنْدَهُ أُمُّ سَلَمَةَ قَالَ فَجَعَلَ يَتَحَدَّثُ ثُمَّ قَامَ فَقَالَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأُمِّ سَلَمَةَ مَنْ هَذَا أَوْ كَمَا قَالَ قَالَتْ هَذَا دِحْيَةُ قَالَ فَقَالَتْ أُمُّ سَلَمَةَ ايْمُ اللَّهِ مَا حَسِبْتُهُ إِلَّا إِيَّاهُ حَتَّى سَمِعْتُ خُطْبَةَ نَبِيِّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُخْبِرُ خَبَرَنَا أَوْ كَمَا قَالَ

Hadis Usamah bin Zaid r.a katanya:
Aku diberitahu, sesungguhnya Jibril telah datang menemui Rasulullah s.a.w ketika baginda berada bersama Ummu Salamah. Setelah bercakap-cakap, Nabi s.a.w berdiri dan berkata kepada Ummu Salamah: Siapakah beliau? Mungkin juga Nabi s.a.w bertanya dengan maksud yang sama. Ummu Salamah menjawab: Ini adalah Dihyah. Ummu Salamah berkata: Demi Allah aku tidak mengetahui siapakah orang itu sehinggalah aku mendengar khutbah Rasulullah s.a.w dan baginda menceritakan peristiwa kami atau mungkin juga maksudnya begitu.

(HADIS RIWAYAT MUSLIM)
-Bab Sebahagian Dari Kelebihan Ummu Salamah Ummu Mukmin r.a

1 ulasan:

Khairunisa Zulkurnain berkata...

Salam..saya tak berapa faham ceritanya..kalo boleh diterangkan ape kelebihan Ummu Salamah tu..terima kasih...