عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ
لَمَّا نَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ
{ وَأَنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ }
وَرَهْطَكَ مِنْهُمْ الْمُخْلَصِينَ
خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى صَعِدَ الصَّفَا فَهَتَفَ يَا صَبَاحَاهْ فَقَالُوا مَنْ هَذَا الَّذِي يَهْتِفُ قَالُوا مُحَمَّدٌ فَاجْتَمَعُوا إِلَيْهِ فَقَالَ يَا بَنِي فُلَانٍ يَا بَنِي فُلَانٍ يَا بَنِي فُلَانٍ يَا بَنِي عَبْدِ مَنَافٍ يَا بَنِي عَبْدِ الْمُطَّلِبِ فَاجْتَمَعُوا إِلَيْهِ فَقَالَ أَرَأَيْتَكُمْ لَوْ أَخْبَرْتُكُمْ أَنَّ خَيْلًا تَخْرُجُ بِسَفْحِ هَذَا الْجَبَلِ أَكُنْتُمْ مُصَدِّقِيَّ قَالُوا مَا جَرَّبْنَا عَلَيْكَ كَذِبًا قَالَ فَإِنِّي نَذِيرٌ لَكُمْ بَيْنَ يَدَيْ عَذَابٍ شَدِيدٍ قَالَ فَقَالَ أَبُو لَهَبٍ تَبًّا لَكَ أَمَا جَمَعْتَنَا إِلَّا لِهَذَا ثُمَّ قَامَ فَنَزَلَتْ هَذِهِ السُّورَةُ تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَقَدْ تَبَّ
-رواه مسلم- بَاب فِي قَوْلِهِ تَعَالَى
{ وَأَنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ }
Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:
Tatakala turunnya ayat 214 surah Asy-Syura وَأَنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ Yang bermaksud: Berilah peringatan berbentuk ancaman kepada kaum kerabatmu yang terdekat iaitu kaum kerabatmu yang benar-benar ikhlas. Rasulullah s.a.w keluar dan menaiki Bukit Sofa lalu berteriak seolah-olah memanggil: Ya Sobahah. Orang ramai tertanya-tanya siapakah yang berteriak. Mereka menjawab: Muhammad. Maka mereka pun mula berkumpul ke arah baginda. Baginda pun bersabda: Wahai Bani Anu! Bani Anu! Bani Anu! Wahai Bani Abdul Manaf! Wahai Bani Abdul Muttalib! Maka mereka semua pun menghampiri baginda. Rasulullah s.a.w bersabda: Apakah pendapat kamu sekiranya aku khabarkan kepada kamu bahawa sepasukan tentera berkuda akan keluar melalui kaki bukit ini untuk menyerang kamu. Adakah kamu akan mempercayaiku? Mereka menjawab: Kami tidak pernah mendapati kamu berdusta. Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Sesungguhnya aku membawa berita ancaman kepadamu tentang azab yang pedih. Ibnu Abbas berkata: Abu Lahab mencelah: Celaka kamu. Adakah kamu minta kami berkumpul hanya untuk mendengar perkara ini iaitu memberitahu berita ancaman azab. Lantas Abu Lahab bangun dan beredar. Maka turunlah surah: ( تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ ) dan sesungguhnya Abu Lahab telah dicela dan dicelakakan oleh Allah.
(Hadis Riwayat MUSLIM)
-KITAB IMAN - Bab Perbincangan Tentang Firman Allah: وَأَنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan