Rabu, Februari 04, 2009

LIMA KEMULIAAN ALQUDS



Lima Kemulian yang Allah berikan kepada Quds seperti berikut:




Pertama: Qiblat yang pertama


Inilah qiblat yang mana Rasulullah saw dan para sahabatnya menghadapnya dalam solat semenjak difardukan solat pada malam Isra dan Mi’raj tiga tahun sebelum hijrah. Masjid Quds menjadi kiblat sehinggalah enam bulan selepas hijrah. Allah swt telah menurutkan ayat:
قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ. :(144) سورة البقرة

“Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang mendongak ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.” (Al-Baqarah:144)


Kedua: Bumi Isra’ dan Mikraj


Allah menjadikan masjid Quds sebagai destinasi bagi perjalanan Isra’ di bumi dan permulaan bagi perjalanan mi’raj ke langit. Pemilihan ini bukan kebetulan, tetapi satu pemilihan yang mengandungi hikmah yang tinggi. Firman Allah swt:
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آَيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ .- سورة الاسرآء:1

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."(al-isra:1)


Ayat ini tidak menyebut kelebihan Masjid Haram walaupun ia penuh keberkatan dan kemulian. Ayat ini hanya menyebut tentang keberkatan di sekeliling masjid Aqsa. Jika dikelilingnya penuh dgn keberkatan, maka pada masjid itu sendiri lebih banyak keberkatan.


Ketiga; Quds adalah Bandar agong yg ketiga dalam Islam.


Bandar pertama adalah Makkah al-Mukarramah, kedua Madinah Munawwarah dan ketiga adalah baitul Maqdis. Nabi saw bersabda:


لا تشد الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد: المسجد الحرام والمسجد الأقصى ومسجدي هذا


Maksudnya: “Tidak boleh membuat persiapan yang rapi untuk pergi ke sesebuah masjid kerana kelebihannya melainkan tiga masjid. Masjid Haram, Masjid al-Aqsa dan Masjid ku ini.” (Hadis sahih Bukhari dan Muslim)


Di bandar quds ini terdapat masjid ketiga agongya dalam Islam. Masjid tersebut adalah masjid Aqsa. Solat di masjid Aqsa mendapat pahala pahala yang sangat besar. Nabi saw bersabda:


الصلاة في المسجد الأقصى تعدل خمسمائة صلاة في غيره من المساجد ما عدا المسجد الحرام والمسجد النبوي


Maksudnya: Solat di masjid al-Aqsa menyamai pahala 500 solat di masjid-masjid yang bukan masjid Haram dan masjid Nabawi. (hadis sahih Bukhari dan Muslim)


Keempat: Quds bumi kenabian dan keberkatan


Al-Quds adalah sebahagian bumi palestin. Allah swt telah menyatakat keberkatan pada bumi ini pada 5 tempat dlm kitab suci al-Quran:


1. Allah menyebutnya ketika menceritakan kisah Isra Nabi saw:
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آَيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ .- سورة الاسرآء:1

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.(al-isra:1)


2. Ketika mencerita tentang Nabi Ibrahim a
وَنَجَّيْنَاهُ وَلُوطًا إِلَى الْأَرْضِ الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا لِلْعَالَمِينَ.- سورة الأنبياء: 71

"Dan Kami selamatkan dia dan (sepupunya) Nabi Lut ke negeri yang Kami limpahkan berkat padanya untuk umat manusia."(Al-Anbiya`:71)


3. Ketika menceritakan tentang Nabi Musa as. Ia berkenaan dgn bani Israel selepas ditenggelamkan firaun dan tentera2nya:
وَأَوْرَثْنَا الْقَوْمَ الَّذِينَ كَانُوا يُسْتَضْعَفُونَ مَشَارِقَ الْأَرْضِ وَمَغَارِبَهَا الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ الْحُسْنَى عَلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ بِمَا صَبَرُوا وَدَمَّرْنَا مَا كَانَ يَصْنَعُ فِرْعَوْنُ وَقَوْمُهُ وَمَا كَانُوا يَعْرِشُونَ

"Dan Kami wariskan kepada kaum (Bani Israil) yang telah tertindas itu akan daerah-daerah timur bumi (Palestin) dan daerah-daerah baratnya, yang Kami telah melimpahkan berkat padanya. Dan telah sempurnalah Kalimah Allah (janjiNya) yang baik kepada kaum Bani Israil kerana kesabaran mereka (semasa mereka ditindas oleh Firaun), dan Kami telah hancurkan apa yang telah dibuat oleh Firaun dan kaumnya dan apa yang mereka telah dirikan (dari bangunan-bangunan yang tinggi)(Al-A`raaf:137)


4. Dalam kisah Nabi Sulaiman as:
وَلِسُلَيْمَانَ الرِّيحَ عَاصِفَةً تَجْرِي بِأَمْرِهِ إِلَى الْأَرْضِ الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا وَكُنَّا بِكُلِّ شَيْءٍ عَالِمِينَ (81

"Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman angin yang kencang tiupannya, bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya; dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."(Al-Anbiya`:81)


5. Dalam kisah saba’:

وَجَعَلْنَا بَيْنَهُمْ وَبَيْنَ الْقُرَى الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا قُرًى ظَاهِرَةً وَقَدَّرْنَا فِيهَا السَّيْرَ سِيرُوا فِيهَا لَيَالِيَ وَأَيَّامًا آَمِنِينَ (18
"Dan - di antara tempat tinggal mereka (di negeri Yaman) dengan bandar-bandar (di daerah negeri Syam) yang Kami limpahkan berkat kepadanya (dengan kemakmuran), - Kami adakan beberapa buah bandar yang jelas kelihatan (kepada orang-orang yang melalui jalan itu), dan Kami tentukan jarak perjalanan di antaranya (sekadar yang dapat dijadikan tempat-tempat persinggahan), (serta dikatakan kepada mereka): " Berjalanlah kamu di bandar-bandar itu pada bila-bila masa yang kamu suka, malam dan siang, dalam keadaan yang aman".(saba`:18)


Kelima ayat ini ada menyebutkan tempat yang diberkati. Itulah bumi palestin.


Kelima: Quds adalah bumi Jihad.


Ini jelas dari hadis berikut:

لا تزال طائفة من أمتي على الحق ظاهرين، لعدوهم قاهرين ، لا يضرهم من جابههم ، إلا ما أصابهم من لأواء حتى يأتي أمر الله وهم على ذلك. قالوا : وأين هم يا رسول الله؟ قال : ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس

Maksudnya: “Sekumpulan dari kalangan ummatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh2 mereka dan orang2 yang menenteng mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian.” Para sahabat bertanya “Dimanakah mereka hai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Di Baitul Maqdis dan disekelilingnya.” (Hr Abdullah bin Ahmad dan Thabrani – para perawinya thiqah)

Inilah kelebihan dan kemulian masjid Aqsa, bumi quds dan bumi palestin.
Namun sekarang kemulian ini dipijak-pijak Yahudi. Dibawah ini beberapa penghinaan Yahudi terhadap keagongan masjid Aqsa yg kita sayangi.


Penghinaan pertama: Ketika mana Yahudi masuk ke dalam masjid Aqsa pada tahun 1967 mereka berkata:

محمد مات وخلف بنات

Maksudnya: Muhammad telah mati. Dia meninggalkan anak2 perempuan.

Maksudnya mereka menghina kita semua dgn mengumpamakan kita dengan wanita. Cuba bayangkan kalau terjadi ragut atau kejadian yg lain nescaya lelaki yang bertindak, adapun perempuan hanya melihat dgn kesdihan, kemarahan dan simpati sahaja tanpa apa2 tindakan. Begitula ummat Islam seperti perempuan yg hanya sedih bersimpati sahaja.


Penghinaan kedua: Pada 21/8/196 seorang kristian zionis telah membakar sebahgian masji Aqsa. Antara yg terbakar ialah Mimbar salahuddin, Qubbah kayu dan sebahgian dinding.


Penghinaan ketiga: Pada tahun 1976 Mahkamah Israel telah menetapkan hak Yahudi untuk solat di halaman masjid Aqsa.


Penghinaan keempat: Pada bulan 10 tahun 1990 , kumpulan pelampau yahudi telah cuba meletakkan batu asas kepada haikal di dalam masjid. Ia di halang oleh penjaga masjid tersebut sehingga berlaku pertempuran. Tentera Israel menggunakan peluru hidup. 20 orang palestin syahid dan 115 yg cedera.


Penghinaan kelima: Orang Yahudi telah membina terowong besar di bawah masjid al-Aqsa pada 25/9/1996. Orang2 Islam palestin melakukan demonstrasi kerana marah yang amat sgt. Ia ditentang oleh pelampau2 yahudi yg menyebabkan 85 orang palestin terbunuh.


Penghinaan keenam: Pd 28/9/2000 ariel Sharon dgn dikawal 3000 tentera telah cuba masuk utk mengotorkan masjid Aqsa. Namun ditentang hebat oleh orang Islam sehingga 5 orang gugur syahid.


Penghinaan ketujuh: Penghinaan yg paling besar adalah Masjid Quds adalah dibawah jagaan Israel.


Jadi setelah mana kita mengetahui semua tentang kemulian Quds dalam Islam dan penghinaan dan penjajahan Israel terhadap masjid Aqsa, Quds dan palestin. Kita mesti bangun bersatu untuk menentang kebiadapan Israel dan mengembalikan keagongan al-Quds.


Rujukan: Buku Quds Qadiah kullu muslim oleh Qardawi dan Falestin at-Tarikh Musawwar oleh Dr Toriq Suwaidan.